Sungkai bersama Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau
Aktiviti — By Maya on August 3, 2011 at 1:22 amPUASA kedua terasa nikmatnya apabila berkesempatan berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh yang terletak di Batu 4 Jalan Apas, Tawau. Bukan hidangan bertaraf 5 bintang yang menjadi ukuran kenikmatan kami tetapi keriangan dan rasa bersyukurnya kami dapat menikmati rezeki hidangan berpuasa Ramadhan 1432H ini bersama insan yang bergelar anak yatim.

Kesukaan dan rasa bagai mempunyai keluarga sendiri terpancar di setiap wajah penghuni rumah itu apabila rombongan yang diketuai Datuk Mohd Jeffry Rosman, Datuk Jamhuri Abd Rahman, Nas Ahmad Terjah, Alex Raja Lawak, The Point Band dari PM Studio tiba jam 6 petang di perkarangan Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh.
Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh ditubuhkan pada 2007 dan dikendalikan Persatuan Kebajikan Anak Yatim Tawau (PRAY) sejak 2009. Jawatankuasa PRAY yang dipengerusikan oleh Tuan Ir. Hj Amrullah Bin Hj Kamal telah mengurus dan mengendalikan perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan harian dan pengangkutan pergi balik sekolah penghuni rumah anak yatim ini.
“Kami sayang adik-adik sekalian sepertimana kami menyayangi keluarga kami… Insyaallah pada 12/13hb ini kami akan ke sini lagi bersama kalian,” – Datuk Mohd Jeffry
Setelah sungkai, rombongan turut bersama menunaikan solat maghrib dan selepas itu penghuni rumah anak yatim itu dihiburkan dengan The Point Band dan Alex Raja Lawak. Nas Ahmad juga mengambil kesempatan yang ada bersenda gurau dan berkongsi pengalaman dan kisahnya sebagai abang kepada adik-adik di situ.
Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh,
Jalan 41/2 Jalan Apas,
WDT 97, 91000 Tawau, Sabah.
Telefon & Fax : 089-913344
Email: praytawau@yahoo.com
Popularity: 5% [?]
Tags: Alex Raja Lawak, Datuk Jamhuri Abd Rahman, Datuk Mohd Jeffry Rosman, Nas Ahmad Terjah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim Tawau, PM Studio, Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah, Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, The Point Band
















Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
4 Comments
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Maaun, ayat 1 hingga 3 bermaksud “Tahukah kamu orang yang menidakkan agamanya. Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan orang yang tidak menganjur yakni memberi makan kepada orang miskin”
Allah S.W.T berfirman, dalam surah Ar-Ra’d, ayat 22 yang bermaksud “Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik.”
Dalam ayat ayat ini, Allah S.W.T. mengingatkan kepada hambanya akan pentingnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin ini disisi agama. Ayat-ayat ini memberi peringatan kepada kita untuk menyayangi anak-anak yatim dan membantu orang-orang miskin. Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan, sayangi anak-anak yatim dan jangan menganiaya mereka dan jangan sesekali membenci mereka. Kita harus faham yang doa anak-anak yatim ini, INSYAALLAH, akan terus sampai ke hadrat Illahi.
Balas komen ini
Alhamdulillah..rezeki anak-anak yatim ar-raudhoh..selalu juga p situ..rasa sebak tengok keriangan anak-anak yatim tu bila ingat yang kita ni masih ada ibubapa..
Balas komen ini
jgn hanya sekadar bulan ramadhan..umno tawau perlu adakah program pendidikan utk mereka
Balas komen ini
Alhamdulillah…rezeki anak2 Ar-Raudhoh…semoga tuhan terus memberkati mereka dan berjaya dalam hidup suatu hari nanti…amin…
Balas komen ini