Restoran Kayu Manis

Hire For Review — By on October 21, 2008 at 11:16 am

“Atas dorongan keluarga dan minat mendalam dalam penyediaan makanan, saya tekad untuk berjuang dalam perniagaan restoran,” demikian ujar, Masni, fresh graduate UITM, ketika melayan perbualan ringkas dengan rombongan Tawau Bloggers ketika Perjumpaan Pertama Penulis Blog-blog Tawau Restoran Kayu Manis, minggu lalu.

Baginya, perniagaan restoran yang diusahakan sejak 31 April lalu adalah titik permulaan baginya untuk membuktikan keupayaannya sebagai tenaga mahir berwawasan yang akan mempraktikkan ilmu dituntut meskipun dia sendiri mengakui, dia bertuah mempunyai peluang untuk berniaga berbanding rakan-rakannya masih terumbang-ambing dengan pencarian kerja.

“Alhamdulillah, dorongan dan sokongan yang kuat daripada ibu bapa, kakak dan abang, saya berasa yakin untuk memulakan perniagaan ditambah lagi saya mempunyai latar pendidikan dalam bidang penyediaan makanan.

Saya tidak menafikan bahawa memulakan sesuatu adalah suatu bebanan yang berat, tapi segalanya berjalan dengan baik dan teratur kerana saya yakin dengan kebolehan saya untuk bertapak di bidang ini,” katanya dengan ramah.

Mengimbau detik pembukaan restoran itu, Masni memberitahu terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai idea dan konsep untuk restoran, namun hasil perbincangan segalanya kini berjalan dengan baik.

“Faham-faham sajalah, sebagai sebuah keluarga yang berpegang pada adat pantang larang, pasti ada yang tidak kena, tapi kita sebagai generasi sekarang perlu bertolak ansur dalam penerimaan sesuatu perkara itu.

“Saya memilih rekaan dalaman beberapa restoran terkenal di tempat saya belajar dulu, selain idea abang saya yang sukakan konsep Bali Jawa, dan inilah hasilnya, kotemporari Bali Jawa… ,”

Apabila masuk sahaja ke restoran ini, tersedia sofa merah yang peranannya mengajak pengunjungnya merasai suasana beristirehat di samping menjadi ruang untuk berbincang dan juga tempat menunggu sekiranya meja penuh.

Dinding utama yang dijadikan fokus pula memaparkan gambar-gambar keluarganya dan beberapa hidangan makanan dan kuih-muih. Memang terasa uniknya kerana aksi dalam gambar itu seakan memberitahu ikatan kekeluargaan yang mesra. Di samping itu, ianya simbolik pada penghargaan Masni atas sokongan dan dorongan daripada keluarganya untuk memulakan perniagaan restoran itu.

Menurutnya lagi, dia berpuas hati dengan komen pelanggan yang berkunjung ke restorannya kerana telah berjaya membawa satu konsep restoran yang unik dan selesa.

“Ada yang berkata, kalau ke sini semacam makan di restoran semenanjung, tapi bila dah keluar, lihat kapal-kapal di laut depan tu, barulah sedar, rupanya mereka masih di Tawau.” jelasnya dengan iringan ketawa kecil…

Sebagai permulaan, makanan yang sediakan di restoran ini lebih kepada masakan Melayu, kuih muih Melayu, dan perancangan masa akan datang, Restoran Kayu Manis akan memperkenalkan pelbagai menu termasuk western food, untuk mevariasikan pilihan dan memenuhi citarasa pelanggan.

“Sememangnya kami akan memperkenalkan resepi istimewa pada masa akan datang, dan selalulah berkunjung ke sini… ”

Info unik: Pemilihan nama Restoran Kayu Manis adalah simbolik pada sifat rempah kayu manis yang utuh, kuat, memberi citarasa istimewa pada makanan dari segi warna dan rasa.

Pautan web Bloggers Tawau:

http://www.angrianiworld.com/?p=627

http://friendly81.blogspot.com/2008/06/1st-gath-tawau-bloggers-berjaya.html

Artikel asal : http://puadede.com/v1/restoran-kayu-manis-2/

Popularity: 5% [?]

Tags:

4 Comments

  1. liaw says:

    kat mana la kedai ni?? nak pi sana la..

    Balas komen ini

  2. Sam says:

    Assalam alaikum

    Restoran Kayu Manis – kewujudan yang saya tidak ketahui!

    Akan saya cari restoran ini. Ya-ya-ya, selepas konvokesyen nanti.

    Saya sarankan agar restoran ini menyediakan makanan tradisi asli masyarakat Tawau. Ia boleh menjadi tarikan unik lagi eksotik.

    UK dan Austrlia, restorannya dipenuhi dengan masakan-masakan Asian seperti kari laksa. Saya pun terkejut apabila kawan saya Kath Dalley mengatakan dia makan kari laksa di salah sebuah restoran di Victoria Australia.

    Perniagaan restoran merupakan perniagaan yang dikira baik. Sekiranya berlaku kegawatan ekonomi atau kenaikan kos operasi dan komoditi utama dagangan dunia, ia masih mampu menjana pendapatan.

    Saya impikan Tawau penuh dengan restoran-restoran yang unik seperti restoran Kayu Manis.

    Tawau aku akan kembali….kembali……ya-ya-ya selepas konvokesyen nanti!

    Adieu!

    Balas komen ini

    adrysabry Reply:

    Waalaikumsalam… Wow… menarik… cerita la pasal masakan asian yang ada di restoran2 di sana… tulis dalam blog kamu… akan kami siarkan di sini…

    Balas komen ini

Leave a Comment