PIKOM PC Fair 2009 di Tawau

Artikel — By on April 13, 2009 at 9:17 am

pcfair1

Setiap tahun, PC Fair anjuran PIKOM pastinya dinanti-nantikan oleh masyarakat Tawau dan sejak penganjurannya tiga tahun lalu, ianya seakan sudah berada dalam catatan kalendar setiap rumah dan event penting di sini.  Tapi sayang, aku yang menjadi pengunjung event ini setiap tahun, awalnya seakan hilang excited bila melihat longgokan sampah di depan pintu masuk dewan.  Sampah itulah yang menjadi penyambut kedatanganku kali ini… Tidak cukup dengan itu, pintu masuk ke pc fair itu pula melalui lorong tandas yang teramatlah wangi, wangi dan wangi sangat2, hinggakan wangian itu mengalahkan wangian polo yang dipakai oleh rakanku. Mood pun hilang…

Tapi apabila memasuki ruang dewan yang penuh dengan boot empat segi, dengan hiasan yang berwarna-warni, aku mula tertarik dengan kesemuanya. Laptop latest model, desktop pun standart brand, speaker reka bentuk baru-baru, gadget yang ada pun ada pelbagai versi pilihan… Wah! PC Fair kali ini ada kemajuan. Rambang matalah sesiapa yang nak shopping kali ini kerana semuanya ada, Acer dan HP pun nampaknya sudah turun padang, memperagakan latest item mereka.  Harganya pun berbeza daripada harga di pasaran ditambah lagi dengan free gift dan voucher.

Yang menariknya, PC Fair kali ini amat meriah daripada yang aku jangkakan,  strategi jualan bergerak dan kempen bergerak pun ada dengan matlamat menarik pengunjung ke boot mereka.  Aku sempat mengambil gambar mereka dan bila aku tanyakan kenapa mereka buat strategi begitu, mereka katakan dalam PC Fair mereka perlu menarik bukannya menunggu pembeli. Cayalah! Kalaulah semua boot menyertai tektik sebegitu kan bagus, cuma kalau boleh promo girlnya tu bagi standart F1 atau promo boynya tu keluaran gim. Hahaha…

Sama juga seperti yang sebelum-sebelumnya, dewan pastinya padat dengan pengunjung yang pelbagai ragam dan matlamat.  Cuba saksikan ragam-ragam mereka:


Ini antara pengunjung yang ada


Pengunjung ini mahu dapatkan maklumat yang tepat sebelum membeli.


Sekadar bertanya atau mahu mengayat tu…


Sekadar tengok2, servey2 harga.. aku study lagi. peace!


Pengunjung termuda PC Fair 2009.

Credit : Puadede

Popularity: 5% [?]

Tags: , ,

3 Comments

  1. mimiey202 says:

    salam…
    saya pun rasa krng selesa dgn tmpt pc fair ini di jlnkan..
    kalau bole..adakan la d tmpt yg lagi luas, selesa dan yg pntg strategik…d dwn msyrkt pun ok..cuma kebersihan dia kurenggg cket..tu yg wat aku x dak mood nk park lama2 kt pc fair tuh…pdahal byk bnda aku nk carik..tp…what to do….
    ehm…

    Balas komen ini

  2. niza says:

    betul tu…punyala wangi tandas yg menyambut kedatangan pengunjung…2 ari aku ke sana, wangian ttp sama

    Balas komen ini

  3. marcus bernadus says:

    KORANG ADA SERVEY HARGA KA, HARGA MAHAL PADA HARI PERTAMA, HARI BERIKUTNYA BARU ADA PENURUNAN HARGA,SYORKAN KEPADA PARA PENJUAL JANGAN LAH MAINKAN ORANG RAMAI DENGAN HARGA,PENULIS BLOG NI JUGA KENA AMBIL PERHATIAN PADA TAG HARGA TU BUKANYA DIA PUNYA SALE GIRL YANG MAU DI LIHAT..PERIHATIN LA SIKIT……SYABAS TAWAU

    Balas komen ini

Leave a Comment