Pertandingan Baby Comel FB Tawaurian
Contest — By Maya on April 25, 2011 at 11:54 pmAdakah anda mempunyai Baby yang berusia tidak melebihi 3 tahun?. Ini adalah peluang anda untuk menyertai Pertandingan Baby Comel FB Tawaurian yang menawarkan hadiah yang lumayan.
Pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan medan perkongsian kepada semua peringkat umur untuk menyedari betapa indahnya dunia bayi yang boleh menggamit kenangan indah bersama keluarga. Mata yang melihat pasti akan dapat merasai pelbagai perasaan nan indah yang akhirnya menimbulkan perasaan kasih sayang malah akan menerbitkan perasaan mahu lebih menghargai keluarga terutama ibu bapa.
Pihak penganjur, FB Tawaurian menggunakan media sosial Facebook kerana matlamat perkongsian pasti akan lebih mencapai sasaran penganjuran kerana sifat rangkaian FB yang lebih mesra pengguna khususnya dalam menjalinkan hubungan atau network kekeluargaan.
“Sebab itu, konsep “like” itu menjadi pilihan kami untuk mencari siapa pemenang contest ini… bila keluarga A menghantar gambar babynya, keluarga B (yang mungkin adik-beradiknya) akan “like” kerana teruja, suka, geram melihat aksi anak buah mereka,”
“…Malah mungkin ibu bapa yang tinggal berjauhan akan menggunakan contest ini untuk melihat aksi cucu mereka yang tinggal jauh dari mereka dari persembahan gambar yang berlainan,” kata Adry Sabry, Pengerusi Penganjur bagi Pertandingan Baby Comel FB Tawaurian.
Adry yang juga Pengerusi Tawau Bloggers Unity mahu semua fan page FB Tawaurian menghebahkan pertandingan ini kerana ini juga peluang untuk golongan remaja yang mempunyai adik di bawah 3 tahun mempraktikkan pengetahuan mereka dalam mempersembahkan gambar yang tersendiri, terkreatif, teristimewa.
“Pengguna FB ini sememangnya ramai dari golongan remaja, jadi inilah peluang untuk mereka mengasah kemahiran mereka dalam berkarya khususnya dalam editing gambar… siapa tahu akan menang,” katanya.
Tambahnya lagi, pertandingan itu akan mengambil masa sebulan iaitu akan berakhir pada 25 Mei 2011 dan syarat-syarat pertandingan dan pengadilan juga tidak ketat.
Menurutnya lagi, pertandingan itu juga akan dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kepeluan bayi kerana hadiah yang ditawarkan adalah lumayan.
Pertandingan Baby Comel FB Tawaurian telah mendapat tajaan hadiah dari sebuah syarikat swasta tempatan, MUSTWIN VENTURE SDN BHD.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.
- GAMBAR TERBARU
- UMUR HENDAKLAH TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN SEMASA TARIKH TUTUP PERTANDINGAN.
- PERTANDINGAN BERJALAN SELAMA 1 BULAN 25.04.2011 HINGGA 25.05.2011
- BOLEH MENGHANTAR SEBERAPA BANYAK GAMBAR
- SILA SERTAKAN NAMA PENUH BABY, TARIKH LAHIR, NAMA PESERTA YANGMENGHANTAR PENYERTAAN
- PEMENANG AKAN DITENTUKAN MELALUI JUMLAH LIKE PALING BANYAK.
- PEMENANG YANG DIUMUMKAN PEMENANG WAJIB DATANG DENGAN MEMBAWA BABY YANG DIPERTANDINGKAN. JIKA TIDAK, KEMENANGAN AKAN DIBATALKAN.
HADIAH:
PERTAMA: Hamper RM300 + Sijil + Hadiah Misteri
KEDUA: Hamper RM200 + Sijil
KETIGA: Hamper RM100 + Sijil
3 SAGUHATI : HAMPER RM50
“LIKE” adalah penentu kemenangan anda!
KUNJUNGI FACEBOOK.COM/TAWAURIAN

Popularity: 9% [?]
Tags: Pertandingan Baby Comel

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
6 Comments
mcm mana nk uplod gmb????????
Balas komen ini
Maya Reply:
April 29th, 2011 at 2:39 am
Sila rujuk http://on.fb.me/mxIpPC
Balas komen ini
saya berminat untuk mengikuti pertandingan baby comel ni. tp mcmna nak uplod gambar?
Balas komen ini
Maya Reply:
April 29th, 2011 at 2:40 am
di facebook.com/tawaurian
cara upload dan pelbagai soalan lazim mengenai pertandingan ini ada di http://on.fb.me/mxIpPC
Balas komen ini
mcm mana maw mw daftarkan anak saya d pertandingan babay comel.??
Balas komen ini