Penjaja Jalanan dan Sampah

Artikel, Featured Articles — By on June 29, 2010 at 4:49 pm

Ini adalah pemandangan biasa yang dianggap normal di Station Bas Tawau, berdekatan dengan Bangunan Mara, Hotel Tawau, Yong Hing Supermarket dan beberapa lagi nama kedai yang terhandal di sekitar itu. Sengaja aku sebutkan nama2 kedai itu kerana di kaki lima kedai2 itulah ramai penjaja jalanan yang berlesen mahupun tidak berlesen bermaharajalela, tanpa sekatan, tanpa penguatkuasaan, apatah lagi untuk segan silu melakukan kesalahan.


Penjaja jalanan dan sampah terlalu sinonim di sekitar itu. Sakit mata bila melihat semua plastik minuman, tin2 minuman, malah ludah2 berkahak kuning + hijau ada di merata2 tempat. Penjaja jalanan mana peduli untuk memikirkan cara terbaik untuk menjaga kebersihan sekitar mereka, malah turun serta menambah komposisi dan kapasiti sampah! Kalaupun ada yang menyediakan tong sampah, lebih banyak sampah yang berada di luar tong itu daripada yang ada dalam tong sampah.

Kesannya, parit tersumbat angkara sampah. Makanan yang disediakan di kawasan sekitarnya tercemar kerana tikus, lalat, lipas sukakakan kawasan itu.

Sumber: Puadede.Com

Popularity: 1% [?]

Tags:

4 Comments

  1. ZELL says:

    Bah bah , itu la bah tu , padahal ada pun MPT bdiri2 d siring2 bangunan tu , tpi tu penjajah masih juak sna bkeliaran , law MPT bgerak , dorang blarian , tpi 2-3 minit jak tu , lpas tu muncul balik , kasi kutur pemandangan jak , tu pasar besar (Paling BESAR d Sabah) sudah di buat , x kan ndak muat untuk penjajah2 .. pikir la woi .. ngeh .. anu , pihak Bkuasa pun , WAJIB jalankan Tanggungjawab kita ya .. jangan kc biar2 jak tu blaku , malu jo lau tourist datang sana Bandar Tawau yang “BERSIH” tu .. eyarksss , maka BESAR-BESAR tu sign board atas tandas awam “ANDA SEDANG DIPERHATIKAN” Jan biar tu sign board as ‘PERHIASAN” jak pok .. mean it ! BERANI KERANA BENAR !! TAKBIR !!

    Balas komen ini

  2. Adry says:

    Pasar Besar (Pasar Tanjung) di Tawau ni bukan lagi terbesar di Sabah… tapi pasar tertutup terbesar di Malaysia… ada benarnya komen si Zell ni…

    Balas komen ini

  3. Qierana says:

    Bagi saya,menjaja tanpa lesen ini tidaklah menjejaskan pendapatan peniaga berdaftar. Dari segi kebersihan pula memang sangat teruk. Kita tinggal bersama2 d bandar Tawau,walaupun bertaraf warganegara atau tidak,kita orang Tawau. Kebersihan mmg sgt penting. Saya pernah mendengar,negara yg maju haruslah mempunyai sistem perpaipan yang baik. Tapi d bandar kita ini,suda sedia maklum jika mlihat gambar2 d atas. Siapakah yg salah? MPT? Politikus? Penjaja? Kita? Janganlah kita menuduh ssiapa,sbaliknya latih dan didiklah diri sendiri untuk mnjaga kebersihan bndar n alam sekitar kita. Cakap memang senangkan?

    Balas komen ini

  4. Qierana says:

    baru saja kita bangkitakan isu kebersihan,isu sampah sarap yang di buang di loongkang. Tidakkah itu memberi kesan buruk kepada sistem perpaipan. Hari ini,30hb 7, Pasir Putih telah dilanda banjir yang boleh dikatakan terburuk pernah berlaku di kawasan daerah Tawau. Siapakah yang patut disalahkan?

    Balas komen ini

Leave a Comment