Pemangku Ketua Polis Tawau ditikam, 5 suspek diburu.
Taken from Friendly
Baru sahaja kita memasuki Tahun Baru 2009, sudah berlaku kes-kes jenayah. Kes jenayah terbaru yang telah menggemparkan daerah Tawau pada 3 Januari 2009 baru-baru ini ialah kes dimana Pemangku Ketua Polis Tawau telah ditikam.

Sumber Utusan Malaysia.
TAWAU 3 Jan. – Polis kini menjalankan gerakan memburu lima lelaki yang disyaki menikam Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Ramli Ali Mat (gambar) di kediamannya di Taman Ria 5 dekat sini, awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berusia 55 tahun sedang tidur seorang diri di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah berkenaan.
Kelima-lima suspek berkenaan dipercayai memecah masuk rumah mangsa dan salah seorang daripadanya masuk ke biliknya dan menikam bahagian kiri perut mangsa dengan sebilah pisau.
Mangsa yang kemudian ditinggalkan bersendirian sempat menghubungi Balai Polis Tawau menggunakan walkie talkie bagi mendapatkan bantuan.
Ramli yang berasal dari Melaka kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau kira-kira 15 minit selepas insiden tersebut.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pegawai polis itu kini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan tengah hari ini di hospital berkenaan.
Beliau turut menafikan andaian sesetengah pihak bahawa serangan itu mempunyai sebarang kaitan dengan unsur dendam.
“Kita percaya kejadian ini tidak ada kena mengena dengan unsur balas dendam. Mangsa sebenarnya diserang lima lelaki yang cuba merompak,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Noor Rashid meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat perlu tampil membantu polis.
Sementara itu, isteri mangsa, Julie Gatausa, 46, ketika ditemui di Hospital Tawau berkata, Ramli sepatutnya mengikut dia balik ke Melaka untuk mendaftarkan dua anak mereka di sebuah universiti.
“Bagaimanapun, suami saya mengambil keputusan untuk terus berada di Tawau berikutan tuntutan tugas dan kerja yang masih belum diselesaikan,” katanya yang berasal dari Sabah dan menetap di Melaka.
Menurut Julie, dia hanya diberitahu oleh kakaknya beberapa jam selepas kejadian itu dan segera ke Tawau bersama anak-anak mereka awal pagi tadi.
Popularity: 5% [?]
Comments (6)

marilah kita berdoa agar tuan ramli cpat sembuh…
Balas komen ini
hmmm … p0lis pun jd mangsa bah .. s0 jadikn ini satu semangat unt0k p0lis lebih berhati – hati, moga tuan ramli cpt semb0h amin
Balas komen ini
saya orang filipin yang telah dibuatkan surat beranak palsu konon2x lahir di mlaysia oleh bapa tiri saya iaitu muhammad bin bimbang bekas pegawai pentadbiran Majlis perbandaran tawau,sabah,malaysia.
muhammad bin bimbang adalah orang yang mampu perdayakan kepercayaan Jabatan pendaftaran negara malaysia.
kerana semua budak lepak tawau tahu bahawa saya orang filipin dan telah memperolehi mykad yang dipercayai tulen padahal ianya dari dokumen palsu pembohongan bapa tiri saya.saya bongkar rahsia ini sebab saya dah nak pergi dubai,kerana sepupu saya sebelah ibu buka restoran dekat sana.ibu saya pun lagi baik anjing sayangkan anak.untuk membela suaminya sanggup memfitnah anak.sepupu saya pun ikut bersubahat kerana bela ibu saya.yang penting aku doakan,mudahan semua orang dapat saksikan apa yang sebenar.sekarang,Pengarah JPN k.k sedang siasat .
muhammad bin bimbang juga telah beberapa kali berhadapan dengan inspektor lee di balai polis tawau dan mengaku sebagai bapa kandung saya.dan itu adalah satu dari saksi saya bahawa muhammad bin bimbang adalah pembohong.
Balas komen ini
Dan isteri pertama si muhammad bin bimbang, iatu nama rokiah, adik kepada hashim yang bekerja di imigresen tawau telah membuat surat beranak palsu kepada seorang perempuan bisaya rakyat filipina yang dalam fraternity ASPO.dia mengaku perempuan tersebut sebagai anaknya sendiri.
tentu ada bayaran di sebalik semua itu bukan?
Balas komen ini
sorry,apo dan bukan aspo
Balas komen ini
26 april saya akan menghadiri temuduga d balai polis tawau. so, harap2 soalan pemangku ketua polis tawau kena tikam 5 kali keluar. Cayo2
Balas komen ini