Majlis Pelancaran “Saya Anti Kutu Sampah”
Artikel — By adrysabry on January 19, 2009 at 12:21 pmGot This From Don

TAWAU : Perbandaran Tawau dijangka akan menjadi `Bandar Bersih’ dalam tempoh enam bulan lagi dengan pelbagai program kecantikan dan kempen kebersihan yang diadakan pada masa ini.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tuan Haji Salsidu Haji Ibrahim JP berkata, smart partnership (perkongsian pintar) antara masyarakat awam dan pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai matlamat itu.
Katanya, penguatkuasaan undang undang dan penyediaan kemudahan oleh pihak berkuasa tempatan tidak akan dapat membantu untuk menjadikan daerah Bumi Peladang ini bebas dari kotoran.
“Kita mensasarkan dalam enam bulan ini kita akan capai status Bandar Bersih, seperti yang kita lihat pada masa ini kita rancak mengadakan kempen kebersihan dan program pengindahan Bandar”, katanya.
Beliau ditemui pada sidang media selepas melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah Peringkat Perbandaran Tawau di sini.
Kempen tersebut melibatkan pemasangan tong tong sampah gantung sebanyak 83 buah, pemasangan banting, pemasangan papan tanda, pembersihan dan keindahan dan penguatkuasaan undang undang.
Katanya, dengan pelbagai usaha pihak berkuasa tempatan yang telah dilaksanakan kini tiba masanya usaha memulihara kebersihan perbandaran Tawau digerakkan oleh masyarakat awam.
Beliau turut memberi amaran keras terhadap kutu kutu sampah untuk dikenakan tindakan yang lebih berat termasuk membawa mereka ke mahkamah.
“Kita telah banyak bertolak ansur, dan kali ini sesiapa yang didapati membuang sampah kita akan bawa ke mahkamah dan dikenakan denda sehingga RM5,000”, katanya sambil menambah pihak MPT akan menumpukan terhadap penguatkuasaan undang-undang pada kali ini berbanding menjaga kebersihan.
Selain melancarkan simbolik kempen berkenaan Salsidu turut berkesempatan untuk mengagih dan memasang pelekat pada kenderaan awam. Hadir sama pada majlis itu Setiausaha MPT Aftar Nurajat dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Umum Shahruddin Salleh.
Sumber : Tawau Kini
Popularity: 7% [?]
Tags: anti kutu sampah, Hj Salsidu, MPT, tawau

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
3 Comments
perasmiannya yg terakhir time jd presiden mpt
Balas komen ini
selepas skian buln kita lihat pelancaran ini sejau mna ka kesan nya pendangan sya its a failer yg ber kembang da la populasi tikus yg ber keliaran dn system penggumplan smaph yg x berhima dn penguatkuasan yg lemah
Balas komen ini
kebersihan teruk. malu. macam2 kempen tp sampah masih dimana2. kelihatan sampah melimpah dr tong yg dsediakann. weak mauntenance. nak makan kt restoran pun banyak tikus, bau busuk. hilang selera.
pokok hingga mececah wayar letrik. weak maintenence, longkang tersumbat . parking lot tdk dsediakan punca jam dan double parking. banyak pnjaja tepi jalan dan peminta sedekah…tiada kawalan. Rimas macam berada d negara dunia ke3 padahal kita dah membangun
Balas komen ini