Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau (Siri 1)
Aktiviti, Featured Articles, Hire For Review, Konsert Double Trouble Tawau — By Maya on July 27, 2010 at 3:09 pm
AGA KAREBA, POK yang membawa maksud apa khabar saudaraku adalah sapaan mesra Amy ketika menghiburkan peminatnya dalam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Stadium Sukan Tawau Ahad lalu. Bunyinya sememangnya pelik tapi ianya mesra dan amat menyentuh hati ribuan peminatnya. Tidak cukup dengan itu, Awie juga turut mengungkap perkataan aramaiti dalam irama lagu.
Demikianlah Search dan Wings, dua gergasi kumpulan rock tanahair yang begitu dekat dengan peminat mereka, menyatukan semangat perjuangan dalam lagu, membina diri dalam menelusuri ranjau perit hidup juga dalam lagu. Semangat rockers bukan sekadar terbit dari mulut tapi dijiwa terpahat perjuangan abadi… Tidak hairanlah dua legasi rock ini masih boleh bertahan dalam arena muzik tanahair hingga ke hari ini.

(Penganjur konsert: Hady, Jublie, Latif)
Tahniah Penganjur Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau
Setinggi-tinggi penghargaan diletakkan kepada penganjur Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau iaitu Red Carpet Event Networks yang berjaya membawa Search dan Wings ke Tawau juga kepada semua kru2 yang terlibat dari pelbagai agensi kerajaan, bukan kerajaan, NGO, kelab2 rekreasi. Kerjasama yang padu daripada kalian telah membawa Tawau Bloggers Unity (TBU) berjaya melaksanakan tugasan media.

(Kereta yang menyerikan pameran autoshow
Karnival Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau.
Langkah TBU menjalankan tugasan media adalah seawal jam 8 pagi di tapak karnival. Saat itu, gerai2 jualan baru dibuka, kereta autoshow baru memasuki ruang legar pameran, geng sayap2 wings pun baru menyusun aksesori jualan mereka. Kelihatan juga RTM dengan mula sibuk mengatur alatan audio mereka untuk pertandingan yang mereka anjurkan. Pemain Futsal juga ada yang berlegar2 mencari sarapan pagi sebelum berentap untuk perlawanan akhir mereka.

(Kru RTM juga turut menjayakan Karnival Konsert Double Trouble)
(Pengawal Penyiaran RTM Tawau, Wan Azhan Wan Hamat (tengah) bersama penganjur Hady (kanan) turut memeriahkan karnival)

(Model kertas tiru macam artis)
Popularity: 2% [?]
Tags: Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
6 Comments
aduhhh…. besiri la pulak…..
Balas komen ini
hehe…aku dpat video ni konsert full lagik…cuma yg kurang ada sedikit sahaja di sebabkan mengantuk dan gegaran org ramai…nnt aku share dekat kamu…cuma mau tggu jek
Balas komen ini