Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau (Siri 3)
Aktiviti, Featured Articles, Hire For Review, Konsert Double Trouble Tawau — By Maya on August 8, 2010 at 4:46 pmSelesai sahaja konsert pada 11.20pm masing2 kelihatan masih belum mahu berganjak dari stadium dan ada yang masih mahukan konsert diteruskan. Nyata sekali, peminat masih mahukan konsert itu diteruskan meskipun hakikatnya yang berhenti tetap akan berakhir.
Menemui beberapa penonton memberikan reaksi yang berbeza tapi mereka tetap terhibur dan bergemberi sepanjang konsert itu.
“Saya gembira dengan konsert ini walaupun ianya tidak berlangsung selama 2jam setengah… tapi itu sudah bagus daripada tiada” Azitalawati berkata.
“Konsert ini tetap yang terbaik yang pernah diadakan di Tawau, kerana ianya berjaya diadakan di kawasan yang terbuka dan lapang, tiada gangguan luar malah tiada aksi ganas seperti konsert2 yang pernah saya pergi,” menurut Zul.
“Saya tidak puas hati dengan banyak perkara, tapi saya tetap gembira kerana dapat jumpa Amy dan Awie live,” kata Bentuling.
Jam 3 subuh ketika online, ternyata peminat di Tawau sememangnya masih belum dapat tidur, apatah lagi untuk melupakan detik2 mereka bergembira di konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau itu. Masing2 sudah online facebook, berblog juga tidak ketinggalan memuatnaik video masing2 ke youtube.
Tidak kurang juga TBU, juga telah membuat sedemikian meskipun rasa letih belum hilang. Dan hari ini, pada saat ini Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau siri ke-3 disiapkan, kenangan Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau masih subur dalam ingatan.
Ahli TBU yang terlibat dalam Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau:
Mayawahida, Adry Sabry, Agus, Zulhasnan, Halim, Bui, Mawar, Rina dan Andy.
Popularity: 1% [?]
Tags: Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau







Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.