Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau (Siri 2)
Aktiviti, Artikel, Featured Articles, Hire For Review, Konsert Double Trouble Tawau — By Maya on August 3, 2010 at 5:50 pmTerima kasih kerana masih mahu membaca siri kedua review Tawau Bloggers Unity (TBU) dalam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau. Dalam siri kedua ini akan mengungkapkan perjalanan semasa Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau.
Tepat jam 9.50 malam, pentas yang dipenuhi dengan lampu warna-warni dikejutkan dengan ketukan drum Yazid dan Black dengan iringan gitar Joe, Kid, Din dan Nasir juga Eddy yang menyatukan sebuah irama lagu yang tidak lagi asing ditelinga peminatnya, lagu gemuruh.
Di dalam gerimis, Penuh rahmat, dia tersentuh, Cendawan alpa, Sesegar pagi, yg permai damaikan, Tunggul di pinggir rimba, Lantas mendambarkan, Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya…
Peminat malam itu pun mula bersorak gembira menyanyi dan menari bersama irama rock yang tidak akan luput diingatan peminatnya. Gemuruh peminat malam itu juga seakan memberi satu petanda gembira buat kami, lebih2 lagi padang Stadium Tawau yang dipenuhi hampir 6 – 7 ribu orang tiada gerimis, tiada hujan apatah lagi angin ribut kencang. Alhamdulillah irama lagu gemuruh itu tidak mengundang hujan sepertimana hujan di konsert DT Limbang.
Selesai gemuruh, Wings menguasai pentas dan karenah Awie yang berbadan sasa dan bersayap (sebab itu wings dinamakan wings) ditambah lagi dengan aksi spontannya yang bertujuan berjenaka begitu menghiburkan. Lipas kudung lagu pertama Wings telah menjemput peminatnya “head banging” apatah lagi Hukum karma diiringi Bujang senang yang membuat sesiapapun melonjak2 sambil mengiringi Awie menyanyi.
Sesekali Awie berhenti menyanyi untuk mendengar sendiri nyanyian peminatnya. Suasana yang hangat ketika itu diredakan dengan lagu Sejati, sebuah lagu yang pernah menaikkan Wings untuk memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dan tempat ke 3 dalam kategori Lagu Terbaik Juara Lagu 1990.
Tamat persembahan 4 lagu dari Wings, Search pula mara ke pentas dengan keunikan ketara penampilan Nasir yang memakai kilt (skirt untuk lelaki Scotland) bersarung lengan bercorak (seakan lengan ada tatu) dan Amy pula mengenakan snowcap dan google. Rasanya pasti ada peminat yang masih rindukan rambut gondrong* Amy dan ada juga yang menantikan Amy berpenampilan botak malam itu. Apa pun penampilan Search, peminat hari ini sudah faham rock itu bukan semestinya gondrong!
Isabella, Isi atau kulit, Pelesit kota dan Pawana adalah lagu yang dipersembahkan Search malam itu dan apa yang mampu diperkatakan adalah kemantapan Amy bersama iringan ahli Search sememangnya masih berbisa. Adakah peminat malam itu bosan? Semestinya TIDAK kerana kesemua lagu2 itu mengimbau kenangan silam peminatnya. Semua gelagat trademark Amy yang menjadi ikutan peminat suatu masa dulu, ada pada Amy malam itu… dari lenggokan Amy hinggalah pada pertuturannya. Di usia yang hampir mencecah 52 tahun (Amy lahir 28 Julai 1958), Amy masih bertenaga untuk memberi yang terbaik untuk peminatnya.
Apa lagi yang ada pada Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau kalau bukan persembahan lagu medley Search Wings. Persembahan lagu medley ini bukanlah bertujuan untuk membandingkan kehebatan vokal Amy atau Awie tetapi ianya adalah persembahan yang memperlihatkan betapa kedua-dua kumpulan gergasi Rock ini mempunyai persefahaman, keakraban dan kemesraan diantara mereka.
Ketika pengharaman artis berambut panjang keluar TV semasa Tok Mat menjadi Menteri Penerangan, Amy dan Awie bersepakat mengalah untuk tampil dalam upacara memotong rambut secara live di RTM pada 1992. Bukan di situ saja, banyak lagi siri kerjasama kedua2 kumpulan ini yang akhirnya membawa mereka pergi jauh dalam dunia seni suara tanah air.
Lagu Rozana, Semalam yang hangat, Gadisku, Taman Rashidah utama, Meniti titian usang dan Misteri mimpi Syakila adalah himpunan lagu medley yang menurut Awie adalah lagu untuk awek2 malam itu meskipun purata penonton yang ada adalah lelaki.
Selepas Joe dan Kid berentap dalam arena petikan gitar keramat mereka, Yazid dan Black dengan ketangkasan ketukan drum mereka, malam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau diangkhiri dengan penampilan akhir Search Wings dipentas dengan lagu Awang Thrasher.
Sepanjang kejayaan dua jam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau pada malam itu, peminat di sini masih membualkan topik yang sama, betapa hebatnya Search dan Wings di Tawau.
*gondrong bermaksud rambut panjang
Bersambung ke siri 3 yang insyaallah akan menyusul mengenai kisah selepas Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau.
Popularity: 2% [?]
Tags: Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau (Siri 2)








Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
8 Comments
Wow…hbat sungguh mlm tu ya….mskipun xdpt hadiri konsert tu disebabkan demam panas pada hari konsert tu bermula,dgn membaca blog ni & lihat dari youtube,aq dah rasa puas hati…hahah…lgipun,aq dpt bergambar dgn Yazid (SEARCH) sehari selepas Konsert kat Eastern Plaza,Tawau…,ada la jgk knangan…..ehehehe
Balas komen ini
Maya Reply:
August 5th, 2010 at 11:25 am
Itulah namanya kemajuan, wpon tidak ke konsert, masih ada alternatif lain untuk merasakannya. terima kasih kerana mengunjungi kami di sini.
Balas komen ini
Lepas baca 2 siri tulisan lu,gua rasa happy sebab gua dapat ingat kenangan gua dalam konsert double trouble.wa caya sama lu………. kalau lu tulis untuk majalah,gua mahu beli 2,1 untuk simpanan gua,1 bagi baca member yang tidak cukup bajet pigi konsert…..rockers sandakan memang jeles konsert tidak dibuat di tempat kami…..wa caya sama bro search wings,lu orang bikin happy sama kita!!!!!!!long live all rocker…………
Balas komen ini
Maya Reply:
August 5th, 2010 at 11:34 am
Saudara Mat, sememangnya matlamat penubuhan tawaubloggers adalah untuk berkongsi pengalaman dalam setiap aktiviti yang kami ikuti di Tawau ini melalui penulisan blog. Kalau anda mengikuti beberapa link blogers tawau, anda juga boleh mendapat pelbagai maklumat lain ketika konsert DT. Hari ini penganjur konsert DT memilih Tawau, mana tau esok2 diadakan pula di Sandakan. Apa pun, terima kasih kepada Red Carpet kerana memberi laluan kepada kami dalam konsert itu.
Balas komen ini
gua,,,sama vetereannn seopissssssss tukar dresss ala zaman akhir 80an….
tak akan ada lagi konert mcm niii apatah lagi dgn kemunculan band hebat seperti search n wings.
maka rugi kaloo x dtgg konsert
Balas komen ini
SYABAS ANAK-ANAK TAWAU
Balas komen ini