Kenapa bekalan air putus, elektrik mati di Tawau bulan puasa

Aktiviti, Pengumuman — By on August 8, 2011 at 10:37 pm

ADUN Apas, Datuk Tawfiq Titingan dalam kenyataannya di laman sosial facebooknya pada pada awal pagi Isnin, 8 Ogos 2011, menjelaskan punca bekalan air putus dan kejadian bekalan elektrik terganggu di beberapa kawasan di Tawau .

Menurutnya, punca bekalan air yang putus berpunca kerosakan pam utama di Loji Air Cintamata, Gudang Empat dekat sini beberapa hari lalu dan Jabatan Bekalan Air (JBA) membuat catuan sementara kerja pembaikan diselesaikan dalam tempoh sehari dua.

Ini dijelaskan kepadanya melalui panggilan telefon daripada Jurutera Air JBA Tawau.

Kenyataan FB Datuk Tawfiq:

“Sebentar tadi dapat panggilan telefon dari Jurutera Air JBA Tawau yang menyatakan bahwa terdapat kerosakan Pam Utama di Loji Air Cintamata, Gudang Empat sejak beberapa hari lalu. Sehubungan itu, gangguan bekalan air (catuan) sedang berlaku dibeberapa kawasan seperti Pasir Putih, Tanjung Batu dan Bandar Tawau. Kerja Pembaikan dijangka selesai dalam sehari dua ini…”

Manakala gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Tawau berpunca dari yang rosak kabel elektrik 33kV kesan kegiatan tidak bertanggungjawab yang cuba menggergaji kabel itu di belakang Gelanggang Bola Keranjang Kg Jawa. Kenyataan FB Datuk Tawfiq:

“Beberapa hari lalu, terdapat cubaan pihak tidak bertanggung-jawab memotong kabel letrik 33kV untuk di curi di belakang Gelanggang Bola Keranjang Kg Jawa menggunakan gergaji. Gergajinya putus akibat penangan kuasa high tension letrik 33kV tersebut dan pada masa yang sama bekalan letrik untuk banyak kawasan terputus. SESB sdg berusaha untuk memperbaiki keadaan.”

Terdahulu, di laman sosial kendalian Tawau Bloggers Unity (TBU) facebook.com/tawaurian membicarakan masalah bekalan air yang putus yang menerima respon ketidakpuasan hati warga Tawau yang kesusahan. Topik tersebut ialah:

“Air mati lagi. Banyak betul sudah aduan ni. Kalau hari ini tidak juga hidup, sediakanlah lori hantar air ke kawasan kami. Nazak betul sudah stok air kami ni. Kami boleh bersabar, tidak marah2, malah mahu membantu kalau diperlukan… cuma, tolong diupdate, tolong hebahkan perkembangannya, kenapa sampai begini jadinya, berapa lama lagi akan mati air dsb.”

Antara respon yang diterima ialah:

All Blacks:

kalau minyak naik.. dsuru naik basikal.. kalau gula naikk.. bilang kurangkn pengunaan gula.. nnti tinggi darah.. minyak masak naik bilang kurangkn minyak dalam masakan.. sbb kolestrol.. skrg air nakda nh.. mw dikurangkn apanya lagik? huh..

Ahmad Azri Murad: ‎

2 problem utama dan nyata, mati air dan gangguan elektrik xcukup bekalan..harap pihak yg terlibat ikhtiar utk mewar2kan berkenaan masalah..bnyk media bleh guna..kalau tawau FM tamat siaran jam 7 mlm, apa kata kalau gunakan media FB tawau @ lain2 utk mewar2kan..harap pakat2 celik mata, tambahan bulan puasa skrg ni..slmt berpuasa

Berikut adalah beberapa screen shoot yang sempat dirakamkan mengenai kenapa bekalan air putus, elektrik mati di Tawau bulan puasa:

.
.

Popularity: 5% [?]

Tags: , , , , ,

3 Comments

  1. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan-Tuan Terhormat TBU Seluruhnya.

    Bekalan air dan elektrik adalah “apparatus” yang amat penting untuk “menghidupkan” Tawau terutamanya dari segi sosio-ekonomi. Namun pada masa yang sama ia juga berkait secara tidak langsung dengan sosio-politik Tawau.

    Sebagai “Tawauian” masalah bekalan air dan elektrik putus adalah masalah klasik. Terkadang pendekatan yang digunakan, yakni menyelesaikan masalah tersebut, juga secara klasik. “Tawau” kurang “terkehadapan” dalam menyelesaikan “talian hayat” ini. Tanpanya Tawau akan lumpuh sosio-ekonomi dan sosio-politiknya.

    Seperti keadatannya, bekalan air terputus adalah disebabkan (1) kebocoran pada paip air utama atau sub, pam dan sebagainya. (2) Penyelenggaraan paip-paip air dan loji penampungan air “secara mengejut.” (3)Disebabkan faktor geografi fizikal – kurangnya jumlah kawasan tadahan air semula jadi dan musim kemarau.

    Masalah (1) dan (2) sebenarnya boleh dielak dan dicegah sebelum “terhantuk baru terngadah.” Jabatan Air Daerah Tawau perlu membuat dan melakukan “post mortem” secara berkala walaupun Tawau tidak berhadapan dengan masalah bekalan terputus.

    Bagi masalah (3), walaupun Tawau memiliki tadahan air semula jadi yang banyak, tetapi ia boleh menjadi kurang. (1) Disebabkan oleh tangan-tangan manusia Tawau – mencemar sungai dan daratan dengan bahan buangan isi rumah/industri.

    (2) Kesan perubahan struktur bentuk muka bumi secara fizikal – juga disebabkan oleh tangan-tangan manusia Tawau. Umpamanya projek-projek pembinaan untuk kegunaan komersil dan industri yang dibangunkan tanpa mengambil kira faktor EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) sepenuhnya sehingga mengganggu sistem akuifer.

    Masalah (1) dan (2) boleh diatasi secara mudah melalui kaedah 4R – Reduced, Reused, Recycle, Rethink. Jika ini dilaksanakan Tawau bakal setaraf dengan bandar-bandar di Jerman, terutamanya Berlin, dalam mengatasi masalah bekalan air terputus.

    Berkenaan dengan bekalan elektrik terputus, (1) janakuasa elektrik daerah Tawau sudah tidak mampu menampung keperluan isi rumah/industri. (2) Kesan tangan-tangan manusia Tawau – seperti memotong dan mencuri kabel elektrik. (3) Ketidak fungsian alat-alat mekanikal dan teknikal elektrik seperti kabel yang disebabkan oleh tindakan alam semula jadi (panahan petir) dan tangan-tangan manusia (potong, curi, jual).

    Bagi ketiga-tiga masalah di atas, boleh dikatakan bahawa penyumbang utama ialah (3) kesan daripada lampauan (1) dan (2). Secara teori mahupun empirikal kaedah 4R juga boleh digunapakai bagi mengatasi masalah bekalan elektrik terputus.

    Untuk di masa hadapan, Tawau – terutamanya pihak yang berautoriti perlu berbelanja besar untuk menyediakan janakuasa yang berkapasiti tinggi untuk kegunaan Tawau terutamanya industri. Ini penting untuk berhadapan dengan kesan ledakan penduduk/isi rumah di masa akan datang.

    Post Mortem berkala walaupun tiada aduan bekalan elektrik terputus dilaporkan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

    Adalah cemerlang, gemilang, terbilang sekiranya SESB Tawau mempelbagaikan sumber memperoleh elektrik dan tidak bergantung sepenuhnya dengan janakuasa elektrik yang digerakkan bahan bakar diesel. Solar, hidro, ombak, kincir angin, antara pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk diadaptasikan. Pun begitu 4R masih perlu dilakukan secara berterusan.

    Adieu…

    Balas komen ini

  2. mahmud says:

    Datuk Tawfik Titingan adalah contoh YB yg baik bukan macam YB Abbas..YB Muis dan YB Hamisah serta juga YB PAng macam sial…

    Balas komen ini

  3. mahmud says:

    Yb Ghapur pun dah limpas zamannya..jika Kalabakan dan Tawau nak maju letak la Pemimpin yg BERPENDIDIKAN TINGGI dan berkemampuan untuk membuat perancangan untuk pembangunan TAWAU..

    Balas komen ini

Leave a Comment