Kebakaran di Kampung Pasir Putih Tawau.

Featured Articles — By on September 9, 2010 at 5:50 am

Assalamualaikum
[Musibah demi musibah melanda... be strong my fellow villagers!!!]

Baru sebentar tadi berlakunya kebakaran di Kampung Pasir Putih. Ketika aku menaip post ni pun, api masih belum dikawal sepenuhnya. MEnyedihkan sungguh, tatkala umat Islam sudah mula bercountdown untuk menyambut raya, ujian sebegini harus ditempuh.

Lebih menyayat hati, benda ni berlaku tidak lama selepas banjir besar melanda kampung ni. sila rujuk SINI. Belum reda isu banjir, belum settle isu bantuan, belum habis membersihkan rumah, kebakaran pula datang menimpa banjir besar melanda kampung ni. sila rujuk SINI. Belum reda isu banjir, belum settle isu bantuan, belum habis membersihkan rumah, kebakaran pula datang menimpa.

Here is another chapter of “Tear Drops in White Sand”

Through My window I can see…. Dari tingkap bilik aku macam sekolah yg terbakar. macam dekat.. so aku bergegas ke sana.. dengan baju tidak semena, dengan seluar puntung, dengan hanya berbekalkan DSLR canon murah ku ini…

View dari depan sekolah. Mak aih jauh rupanya api ni. seketika aku teringat kembali yang aku sedang berpuasa. dengan pantas aura kehausan menyerang~~arghhh

Tiba akhirnya… Melalui temubual dengan warga tempatan, ketika ini sudah 5 rumah yang terbakar.

Jikalau Kamera boleh merakam suara, pasti anda hiba mendengar rintihan penduduk kampung. Hanya mampu berserah kepada segala ketentuan yang bakal tiba..

Asap berkepul-kepul seperti ini mampu melemahkan lutut setiap yang melihat. Apatah lagi jika rumah anda sedang menanti giliran tunuk menerima nasib yang sama.

I Should get a zoom lens… Ni je yang mampu geng…

Bomba pun tiba. yang ‘menariknya’, hanya satu jentera yang tiba. mungkin mereka ingat mereka mahu datang tangkap ular sawa kot. tapi kita pun tak tahu gak kan.. mungkin ada masalah lain. Aku dengar ada orang kampung yang melontar mereka dengan batu sebab lambat sangat bertindak.. hmm…

Ketika inilah lori, ‘pick up’, dan Hilux menjadi kenderaan paling mahal dan berharga berbanding Honda Stream, Caldina, mahupun Ferrari.

I wonder what this little guy thinks… “napa la banyak orang tengok ja.. tapi ndak tolong…” Hmm… aku pun sepatutnya tolong dia… isk…

Api bila kecil, boleh menyalakan mercun. bila besar, menjadi Moyang segala mercun.

Tahniah kepada warga kampung yang membantu. Dengan jasad berpuasa, semoga Allah lipat gandakan pahala anda… amin…

Hati mana yang tidak sayu… Rata-rata warga kampung ni berasal dari golongan yang asalnya susah, dan berusaha membina kehidupan. setiap inci rumah mereka adalah hasil titik peluh mereka sendiri. bukan Hap Seng yang buat rumah mereka nih…

Yang sedih…yang risau.. yang menolong.. yang menangis… yang menonton…

Api kian marak… takziah kepada mereka yang terlibat…

“Woooi!!! Kasi hidup la air tu!!!!” – Jerit pakcik ni kepada bomba…

Bomba mula beraksi setelah sekian lama dinanti…

Sambil menunjuk ke arah rumahnya dia berkata “Tebakar rumaku….” matanya merah..pipinya basah.. emosi kanak-kanak sungguh menyayat hatiku… klik tu gambar.. zoom pipi budak tu…aku sedih ok!

Orang kampung turut sama membantu… semua orang pun puasa kan bang?

Anak muda kampung juga turut membantu… stabbas betta!

Ni dari area belakang plak.. sesak..susah mau maju…. nanti bomba bagi aku hos tu susah plak…

Yang hanya mampu diselamatkan…

Adik ni cuba seboleh mungkin untuk membantu walaupun air yang keluar tu macam ndak ikhlas ja keluar…..hehe

Punca kebakaran? aku pun ta sure. ada yang cakap litar pintas, ada yang cakap kecuaian ketika memasak kuih, Waalahualam…

Pejuang muda yang memerah keringat membantu. kini bermandi manda di atas tangki. panas weh…

Fire is a curse…

Kian lenyap dijilat api… btw, aku first time nampak bomba pakai baju hitam tu. apa maksudnya tu? dia ada tali pinggang hitam ka? aku pun salah juga..time kadet bomba dulu selalu escape…

Dibina, dijaga, dan dihuni sekian lama… musnah sekelip mata… banyak kali juga kelip mata sebenarnya…

Rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk buat autoshow kan? hehe.. maybe abang ni datang untuk mengambil barang keluarganya…

Yang berbaju oren itu bomba. dan yang bertopi oren itu pemilik rumah tersebut. takziah diucapkan kepada beliau. semoga tabah menghadapi musibah…

Signboard AWAS tu memang bertuah… selamat dia ya…

Rumah paling bertuah abad ini. rumah si sebelah kanan dan belakangnya hangus musnah. Dari sumber yang boleh aku percayai, time kebakaran ni ada brader tu azan kat belakang rumah ni. dan api pun tidak sampai disitu…. syukur.. ada gak sorang lagi brader tu, sejak mula kebakaran dia azan tak henti-henti… dan api sememangnya tidak sampai ke tempat beliau berdiri…

Apakah perasaan nenek ini?
Kita mungkin tidak akan memahami perasaan mereka yang kehilangan rumah dalam sekelip mata, melainkan kita juga pernah merasainya. Apa pun semoga kita yang hanya mampu melihat ni, sentiasalah mendoakan mereka. dan jika mampu, berikanlah sedikit sumbangan. takkan la kereta ninja king dua tiga ketul parking depan rumah pun nak kedekut lagi kan?

Dan kepada mangsa, tabahlah kamu. hikmah itu sentiasa ada. sabarlah kamu, Dia sentiasa ada bersama. Jangan pernah berputus asa dan kuatkan semangat menghadapi ujian ini.
Sekian.

Sumber asal:http://sudirsuichi.blogspot.com/

Entri lain yang menceritakan kisah yang sama : AdrySabry.com || Musibah lagi… Kebakaran di Kg Pasir Putih 7 September 2010 ||

Popularity: 2% [?]

4 Comments

  1. Gen2Merah says:

    semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini di kala Syawal kian menjelang…
    Sedih di saat membaca entri ini.. Thanx for de info

    Balas komen ini

  2. suichi says:

    salam… wah.. makaseh makaseh… terharu sket nih…
    Selamat Hari Raya!

    Balas komen ini

  3. Sam says:

    Assalam alaikum

    Banjir…selepas itu kebakaran.

    Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang bersabar.

    Di mana jua saya berada akan saya doakan Tawau terlindung daripada musibah, bencana dan malapetaka.

    Banyak sanak saudara dan rakan taulan saya di Pasir Putih Tawau.

    Selamat Hari Raya @ Eid Mubarak

    Adieu:)

    Balas komen ini

  4. rut vsop says:

    uma memberku d cnie bnyk kena…
    time kejadian nie….
    aku tegesa2 pulang dari tmpat kerja ku….
    tibanya aku d tmpat kejadian….
    x da apa yg bole aku katakan….
    aku hnya cuma berharap agar bnykkan besabar dan tabah menghadapinya…..
    -peace-

    Balas komen ini

Leave a Comment