Jutamewah Andaman

November 30, 2008 Featured Articles, Hire For Review

INFO:
JUTAMEWAH @ Kak Dia Andaman
Andaman Pengantin & Rawatan Kecantikan Tradisional
Tel: 0138775759 (Kak Dia)

“Kakak memilih karier mak andam ini kerana kakak dapat melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, menjadi diri kakak yang kakak mahukan dan ianya mendatangkan kepuasan yang tersendiri kepada kakak,” kata Puan Gardini Semang, ketika ditemui Tawau Bloggers Unity (TBU), di Jutamewah, Sabindo, semalam.

“Kakak mengandam untuk membantu pasangan pengantin mencapai apa yang telah menjadi impian mereka meskipun pengalaman melakukan kerja ini begitu menguji diri kakak,”

Puan Gardini Semang, 47, atau lebih popular dengan panggilan Kak Dia telah menceburi bidang andaman ini sejak 1990 dengan modal permulaan RM300. Pada masa itu, Kak Dia melakukan kerja andaman ini secara sambilan sahaja dan berkat usaha dan kesabarannya, Kak Dia semakin menjadi pilihan ramai pasangan pengantin yang mahukan perkhidmatannya.

“Dahulu, kakak bekerja sebagai kerani dan menjadikan kerja-kerja mengandam ini sebagai side income sahaja. Hari demi hari permintaan semakin meningkat dan kakak sememangnya tidak cukup masa lagi,”

“Atas dorongan keluarga akak pun bertekad mengumpul modal untuk membuka butik pengantin sendiri dan akhirnya dengan modal terkumpul RM20,000 maka lahirlah Jutamewah pada 2004,” kata Kak Dia yang pernah mengikuti kursus andaman dan pengantin di Jakarta.

Berjaya.
Baginya, kerja mengandam pengantin bukanlah satu perjalanan yang mudah. Jika rekod dibuka, memang ternyata Kak Dia telah merealisasikan begitu banyak impian perkahwinan namun Kak Dia masih merendah diri dan senantiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatannya.

“Kakak mahu memberi yang terbaik kepada pelanggan kerana perniagaan ini menjadi buah mulut setempat. Perbualan mulut ke mulut itulah antara strategi perniagaan kakak untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini,” katanya yang senantiasa updatekan perkhidmatannya menggunakan internet, bahan bacaan majalah, pemerhatian dan juga kreativiti sendiri.

Perkhidmatan.
Jutamewah yang letaknya betul-betul berhadapan dengan Grace Plaza, Sabindo Tawau, sebaris dengan Klinik Ruslan Amin di Tingkat Satu ini menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan dan juga rawatan kecantikan.

Tempahan dan bayaran.
Jutamewah menawarkan pelbagai pakej andaman dari serendah RM1,000 sehinggalah RM3,000. Untuk meringankan beban kewangan, Kak Dia biasanya mencadangkan bakal pengantin membuat tempahan awal dan membuat pilihan pakej yang tepat. Kebiasaannya sejumlah 10 peratus daripada harga pakej akan diminta pada hari tempahan dan selebihnya akan dijelaskan selepas majlis perkahwinan.

Cabaran dan dugaan.
Ditanya mengenai samada beliau pernah mengalami sebarang pengalaman pahit sepanjang kariernya sebagai mak andam, Kak Dia menjelaskan bahawa pengalaman itulah guru yang baik.
“Kakak pernah tidak dibayar upah, pernah dikatakan cas terlalu mahal dan sebagainya namun alhamdulillah, kakak banyak belajar daripada peristiwa sedemikian yang akhirnya member banyak kebaikan kepada perniagaan kakak,” jelasnya yang turut menghadapi masalah modal dan tenaga kerja.

Meskipun demikian, Kak Dia menjelaskan setiap masalah yang dihadapinya akan dikongsi bersama keluarga dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

“Kakak bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menyokong kuat pada usaha kakak… mereka akan membantu kakak menyediakan peralatan dan keperluan untuk majlis perkahwinan, seorang anak kakak juga mula berjinak-jinak mengikuti jejak kakak mengandam,” katanya sambil menunjuk potret keluarganya yang diframe rapi di dinding.

TBU Ke Majlis Perkahwinan Nurliana & Amirul.
Selesai sahaja berkunjung ke Jutamewah, TBU dibawa bertandang ke Majlis Perkahwinan pasangan Nurliana dan Amirul di Lorong Mat Salleh, Batu 2, Jalan Apas. Tujuan TBU dibawa ke sini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar perkhidmatan Jutamewah. Tiba sahaja di gerbang masuk majlis itu, TBU terus dipelawa menjamu selera dengan iringan muzik lagu Bugis. Kami tersenyum sahaja sambil ada yang berkata lagu padaidi palek.

Berpuas Hati, Gembira.
Pasangan pengantin Nurliana dan Amirul yang ditemui di bilik persalinan begitu gembira dengan perkhidmatan andaman Kak Dia. Menurut mereka, perkhidmatan Kak Dia sememangnya tepat untuk mereka.

“Saya gembira kerana Kak Dia telah mencantikkan saya, walhal saya tidak secantik ini. Lagipun Kak Dia ni seorang yang sporting dan yang paling best, dia datang awal bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik,” kata Nurliana.

TBU mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nurliana Patanggari dan pasangannya Amirul Fakhri. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat… Amin.

Popularity: 12% [?]

Tags: ,

Comments (22)

 

  1. Maya says:

    Semoga Jutamewah dapat terus maju…

    Selamat pengantin baru Nurliana Patanggari dan Amirul Fakhri.

    Balas komen ini

  2. sis riani says:

    memang tantekkk kan

    kak dia ni juga yg jd mak andam si budi kan maya

    memang berseni sentuhan kan dia… :D

    Balas komen ini

    sis riani Reply:

    adeiii error typing…kak dia :P

    Balas komen ini

    Budi Reply:

    a’ah.. kak dia ni ada hubungan keluarga jgk sama aku.. dan dia la mak andam kami sekeluarga.. even kakak aku kawin dulu pun dia jgk la yg jadi mak andam

    Balas komen ini

  3. don says:

    huhuhu…
    nnt haku post d tmpt ku jua…
    hehehehe…

    Balas komen ini

  4. Adry says:

    Sayang tak dapat datang time ni… huhu

    Balas komen ini

  5. Liana says:

    my pic…thanx a lot kak diah…thanx so much…

    Balas komen ini

    Maya Reply:

    Liana sungguh bertuah kerana Kak Dia memilih majlis perkahwinan anda untuk aktiviti review Tawau Bloggers Unity.

    Selamat Pengantin Baru…

    Balas komen ini

  6. jass says:

    besttt…suka tengok pelamin…lawa..
    pengantin pun…cantekkk ba…selamat berbahagia hingga ke akhir hayat..

    Balas komen ini

  7. sabrina says:

    d mana tu Jutamewah? ermmm

    Balas komen ini

    Maya Reply:

    Jutamewah yang letaknya betul-betul berhadapan dengan Grace Plaza, Sabindo Tawau, sebaris dengan Klinik Ruslan Amin di Tingkat Satu

    Balas komen ini

  8. Lino says:

    sangat cantik solekan dan andaman… puas hati lah…………..cayo..cayo kak Diah.. doa untuk akak lebih gemilang..

    Balas komen ini

  9. Liana says:

    thanx a lot…mmg cantik seh…kepada sape2 yg nk wat majlis, saya rekemen ambik le kak diah neh…sure puas hati…available kt sume tempat…insyaALLAH…moga kak diah succcess slalu…

    Balas komen ini

  10. cikeyda says:

    waaaaaaaaaaa!!

    jelesnya.. aku x dpt dtg time ni..
    keja kasiam…
    uhuhuuhuhuh..

    Balas komen ini

  11. FAROCK says:

    uiyooo>…. berapa kamu SOLOK???
    hehee

    Balas komen ini

  12. @yu says:

    Cam KeNal La Mak Andam Ni..
    huhu…Anywhre..Well Done!!

    Balas komen ini

  13. Lino says:

    bykkan lagi pic………

    Balas komen ini

  14. girl says:

    masa aku kawin tahun lepas.. pun guna perkhidmatan kak dia.. bagus mmg.. semuanya lengkap and mmg mantap!!

    Balas komen ini

  15. leina says:

    ble list out senarai harga pakej yg ditawarkan?

    Balas komen ini

  16. NORSIDAH says:

    Salam…

    kak diah, boleh kah saya dapatkan still photo yang sudah siap edit coz dalam cd yang akak bagi tidak ada salinan gambar yang dan edit tq.
    sidah… ladang segaria

    Balas komen ini

  17. sidah says:

    apesal senyap je…

    Balas komen ini

Leave a Reply