Hari bersejarah Tawau Bloggers
Aktiviti — By Maya on October 21, 2008 at 12:47 pm
Hari yang amat bersejarah untuk penulis blog-blog di Tawau tercatat pada 28 Jun 2008 di Restoran Kayu Manis. Majlis perjumpaan yang santai dan penuh dengan gelak ketawa itu dihadiri lebih kurang 10 orang termasuk ahli keluarga bloggers. Rasanya perjumpaan seperti ini perlu selalu diadakan kerana banyak faedah yang tidak terduga boleh diperolehi, antaranya, ada benda yang tidak pernah terfikir, akan datang ideanya pada masa itu, ada tips-tips berguna boleh dipelajari di sana dan yang terpenting sekali, sesiapa yang ingin berjinak2 dengan dunia adsense, di sinilah titik permulaannya…
Meskipun ada beberapa bloggers yang tidak dapat dapat di saat akhir, namun makanan yang dihidangkan Restoran Kayu Manis, terutamanya, desert pisang goreng tu, licin langsai diratah bloggers. Apatah lagi makanan nasi goreng dan lauk ayam masak kicap sos (+belacan) itu, akulah orang yang paling syok menikmatinya …
Antara isu yang diperkatakan pada gath itu adalah:
Adsense & Tipsnya.
Yang banyak memperkatakan hal ini ialah Alwis. Sampai habis power leppy pun dia still potpet hal ini. Tapi, apa yang beliau sampaikan, semuanya memberi banyak manfaat dan motivasi kepada kami. Dengarnya, ada yang tak tahu adsense dah ada blog adsense sekarang ni, ada yang kurang faham tentangnya hari ini memperkemaskinikan persembahan content di web mereka. So jangan hairan, ada diantara kami bakal memiliki tanah untuk tanaman kelapa sawit hasil dari duit adsense, insyaallah, suatu hari nanti.
Aktiviti Review Tawau ala Jalan-jalan Cari Makan.
Ini adalah idea aku yang akan menjadi tunjang pada kegiatan bloggers Tawau di media internet pada masa akan datang. Idea ini bertujuan membuat review tentang mana-mana premis perniagaan, tokoh, persatuan-persatuan kebajikan dan sebagainya untuk dijadikan topik penulisan dalam bloggers Tawau. So kepada sesiapa yang berminat menjemput kami Bloggers Tawau untuk melakukan review, silalah hubungi aku atau sesiapa sahaja yang terangkum dalam senarai Bloggers Tawau.
Popularity: 3% [?]
Tags: tawau bloggers

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
0 Comments
You can be the first one to leave a comment.