Hanya dengan menulis kami berbakti
Aktiviti — By Maya on October 21, 2008 at 8:36 pm
Gambar kenang-kenangan bersama Datuk Tawfiq
Majlis berbuka puasa bersama Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semalam sememangnya memberi satu kejutan yang tidak kami jangkakan. Kejutan yang dimaksudkan adalah inilah kali pertama Tawau Bloggers menghadiri jemputan orang kenamaan, di satu majlis yang dihadiri orang kenamaan, pegawai atasan kerajaan dan para penggiat media dari sekitar Tawau. Lebih mengejutkan lagi apabila Datuk Taufiq dalam ucapannya sebelum berbuka…
“Saya berbangga melihat perkembangan generasi muda dalam sumbangan mereka untuk berbakti di Tawau, saya berbangga mengetahui dan mengenali adik-adik kita yang menyumbang maklumat mengenai kita dalam arena internet maya. Mereka ini telah saya jemput untuk bersama kita di majlis ini pada hari ini… Di mana Tawau Bloggers?… Spontan kami semua angkat tangan, nun di celah2 keramaian jemputan pegawai atasan kerajaan dan para penggiat media. Berikan tepukan untuk mereka…”
Wah, sebesar ini penghargaan untuk kami, yang hanyalah sebagai penulis blog, yang menulis untuk kepuasan diri, yang hanya mempunyai matlamat melakukan sesuatu yang menjadi minat bersama. Tawau Bloggers bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan rasmi yang mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan tapi ia hanyalah kelompok penulis laman blog di daerah Tawau. Meskipun kami terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, pendidikan, usia dan pengalaman hidup namun persefahaman dan kematangan mahu membentuk budaya blog yang sihat di Tawau adalah antara persamaan kami.
Terima kasih datuk kerana memperkenalkan kami kepada masyarakat Tawau. Kami tidak minta dihargai apatah lagi untuk disegani kerana kami sedar inilah sahaja yang mampu kami lakukan untuk berbakti di daerah kesayangan kami, Tawau.




Popularity: 9% [?]
Tags: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
1 Comment
waa..semua pegang kamera.
Balas komen ini