Geng Kejut Sahur Di Tawau

Artikel — By on September 1, 2010 at 5:15 am

Ibu – ibu yang sedang tidur, marilah bangun terus ke dapur,
masaklah nasi dan juga sayur, utk dimakan di waktu sahur,
sahur…sahur….sahur…

Itulah laungan jeritann sekumpulan remaja yang sering mengejutkanku dari lena di setiap subuh Ramadhan, seawal 2 pagi. Baru sekejap tadi, ketika mengerjakan rutinku untuk berFB di awal pagi Ramadhan ini, aku temui satu huraian terbaik untuk geng kejut sahur ini di FB Mytawau yang memberi perumpamaan geng kejut sahur ini sebagai kejutan yang tidak diundang… tetapi diperlukan.

Sememangnya geng kejut sahur ini amat menjengkelkan kepada sesiapa sahaja apatah lagi kepada mereka yang sedang enak dibuai mimpi indah. Bunyi ketukan tin2 kosong, baldi, botol2 kosong, kompang disertai dengan sorakan yang kuat yang menyanyikan lagu2 samada dalam lirik di atas ataupun versi2 lain adalah kerja geng kejut sahur ini.

Yang baiknya, geng sahur ini pastinya dapat mengejutkan sesiapa sahaja yang mahu bersahur untuk mengamalkan puasa Ramadhan. Selain itu, ianya dapat memeriahkan suasana kampung untuk sama2 dalam keadaan terjaga untuk bersahur… yang adakalanya pasti ada amalan sharing2 for caring2 lauk2 atau dengan kata lain bertukar2 hidangan juadah bersahur.

Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang akan berFB lewat2 subuh sebelum bersahur, malah ramai lagi… dan di masa yang terluang itulah aku berkongsi idea mengenai geng kejut sahur di kampung2 mereka.

Apa yang aku temui?

Popularity: 1% [?]

Tags: , , ,

4 Comments

  1. heheeh! ingat aku tau masa budak3~ tinggal d jalan damai, menyanyi2 kasi bangun sahur~ yang aku powk, kalo ada orang derma makanan sama aer sak~ penat joe menyanyi sambil bejalan2~ kenak kejar anjeng lagik~ kih3! apa2pun, pengalaman yang takkan ku lupakan! “ibu2 yang sedang tidor! silakan bangun terus ke dapur! masaklah nasik ikan dan sayur! untuk dimakan di waktu sahur!” yosh! enjoy! kih3!

    Balas komen ini

  2. haris says:

    hehe… dulu di kg ku plak lebih kurang jg dengan yg kamu cerita 2, gelang minyak,botol,zink, tin biskut sampai k-mek dikerjakan. aktiviti ni mst di buat ni kalo endak buat bukan di tawau lh tu namaya…dr jam 10 sediakan barang utk kasi bangun sahur,smtara tgu tu apa lagi buat sanggar pappek lah gan pecok2 belacan pulak… (barulah lah aslinya karambunai)… kalo tengan menyayi2 tu jumpa budak kg sebelah tu ermm jgn kau ndak da yg mw kalah tu lagi kuat di pukul 2 tin2, sampai mw tekeluar sudah kerongkong haha… kalo kena kejar anjing tu jgn cakap lh kadang2 tu bukan kena kejar anjing lagi anjing sudah yang lari tgok kami haha… ada pernah jugak tu jumpa org panjat rumah apa lagi lempar terus.. nasib baik ndak dapat org 2,kalo dapat tu kena bonyok lagi hehe… Banyak baikya n bnyak jg burukya lh tp mw buat mcm na mng adat sudah tu kalo ndak buat mana fell raya kan?… Tp satu jak lah nasihat ku sbp slu jg pi buat kerja ni kan,lau dorang ni datang kasi bangun sahur walau bising mana pun jangan di marah nanti jadi tambah terok lagi tu… (di kasi panas2 lagi di bahagian rumah) ndak begerak dorang tu dan lebih suka buat bising di rumah org yg marah2 ni hehehe…

    Balas komen ini

  3. Sam says:

    Assalam alaikum

    Kejut sahur untuk puasa enam?

    Balas komen ini

    Maya Reply:

    Waalaikumsalam…

    yang itu tiada pula :)

    Balas komen ini

Leave a Comment