Gelombang INDIE

May 22, 2009 Artikel

junaidi

Penulis: Junaidisite.Com

Bermula tahun lalu, pencinta seni muzik pasti tahu genre muzik indie. Seni muzik INDIE semakin popular sehingga sekarang. Namun begitu, korang tahu kah apa maksud INDIE? Kalau korang mahu tahu, aku bukanlah mahir sangat pasal INDIE ni tapi aku akan cuba kisahkan apa itu indie mengikut pengetahuan yang aku miliki…. teruskan membaca…
.

“INDIE” bukan HINDI tetapi INDIE iaitu singkatan bagi perkataan INDEPENDENT. Menurut Kamus Dwibahasa OXFORD FAJAR edisi kedua terbitan Januari 1997, independent merupakan salah satu kata adjective yang bermaksud bebas, merdeka, tidak bergantung kepada yang lain. Dari segi muzik pula, indipendent bermaksud, membawa satu genre muzik yang bebas dan tidak bergantung dengan mana-mana syarikat rakaman. Indie bukan hanya merujuk kepada rock band, tetapi juga kepada genre-genre muzik lain seperti pop alternative, punk rock ,reggae, rap, dan banyak lagi. Dapatlah disimpulkan bahawa INDIE ini hanya lah satu perkataan yang merujuk kepada para pemuzik bebas yang ada di luar sana.

Dalam dunia hiburan negara kita, para pemuzik yang mengamalkan konsep INDIE seperti Meet Uncle Hussain, Hujan, Estrella, Bunkface, The Times, Nitrus serta banyak lagi. Terdapat juga indie solo seperti Yuna yang telah menghasilkan EP dengan hasil usaha sendiri. Kebiasaannya, para penggiat muzik indie, lebi cenderung untuk menghasilkan EP berbanding Album penuh kerana mereka menghasilkan EP dengan menggunakan duit simpanan mereka sendiri. Tidak perlu disangsikan lagi, Indie band sememangnya berbakat besar dan mampu membawa nama MALAYSIA ke persada muzik luar negara. Contohnya Meet Uncle Hussain yang semakin popular setelah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-23 baru-baru ini dan juga Hujan yang telah membuat satu persembahan istimewa di Manchester United pada tahun lalu dan tour di Indonesia pada awal tahun ini, 2009. Ternyata, sambutan indie muzik dapat diterima di dalam negara dan juga luar negara.

Merujuk pula kepada daerah Tawau (tanah tumpah darahku), para peminat muzik indie sangat ramai. Tak hairan lah jika kita berjalan di sekitar bandar Tawau dan terlihat para remaja yang ber-dress up gaya indie. Di sini, TAWAU, ramai remaja yang telah menghasilkan kumpulan pemuzik mereka sendiri (Band). Antaranya, Vitamin C, Eva Band, Haus Band, Komix dan banyak lagi. Apa yang dikesalkan ialah mereka tidak mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib. Mereka hanya mampu membuat persembahan pada GIGs dan Majlis Kenduri Kahwin serta membuat latihan di Studio Jamming yang menjadi kebiasaan pada setiap hujung minggu. Gig yang dianjurkan pula hanya dapat diadakan sekali-sekala kerana kurangnya sponsore untuk anjuran GIG khusus untuk para penggiat muzik indie.

Setakat ini dahulu penerangan mengenai INDIE MUSIC. Nikmatilah video ini sebagai penutup.

Popularity: 11% [?]

Tags:

Comments (27)

 

  1. Indie says:

    Wajib difahami : Apa yang dikesalkan ialah mereka tidak mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib… Mengapa ?

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    semalam, 24/5 ada satu gig yang menggabungkan indie band tawau yang bertempat di salah sebuah hotel di tawau ni… dorang buat gig dari tengahhari smpai 8 malam… kawan ku yang bagi tau tadi pagi… tapi aku tak dapat pegi… huh!

    Balas komen ini

    Kiel92 Reply:

    haha….lwk btl… bnyk org slh anggap indie ada genre music…
    sbnrnya lgu2 dorang(org sekarang) yg sllu d ktnghkn adalh bkonsep ALTenatif…

    to editor:
    1)yg sya hairan knapa dress indie muncul kt malaysia & indon ja??

    2) asal indie dr mna??
    3)adakah indie sbuah aliran mcm punk??
    mksd sya aliran pemikiran…?

    To aLL:SAPA X TAU GENRE MUSIC XLyk ckp psl music…
    *terutamanya skaters tawau

    Balas komen ini

  2. skaters tawau says:

    music indie berbeza dengan punkrock,poppunk,walaupun punkrock juga di bawah independent label(tdk bergantung mana2 pihak)muzik mereka berbeza dengan muzik yg diketengahkan oleh scenes indie.bunkface bukan daripada scenes indie..tapi mereka daripada ketegori pop punk.

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    apa g d ceritakan di sini adalah berkaitan label indie… pop punk, punk rock adalah genre muzik…. apa2 pun, terima kasih atas komen drpd anda….

    Balas komen ini

    Kiel92 Reply:

    indie cuma lebel bukan genre music…
    jarng dngr lagu ko ni haha…

    Balas komen ini

  3. skaters tawau says:

    indie adalah ketegori muzik,pumkrock juga begitu…masing2 mempunyai seni muzik tersendiri..

    Balas komen ini

  4. wan says:

    pa barang indie…

    hahahaha……

    ndak main la indie2…

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    indie ttp di hati….
    hahahaha!

    Balas komen ini

  5. karut says:

    karut la dude…

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    sapa yg mengarut?? kami kan b’smangat t’hadap muzik tmpatan….

    support our local act-LAH!!

    Balas komen ini

  6. karut says:

    x abih abih koriang mengarut.. zero knoeledge sungguh.. elok korang p solat…

    Balas komen ini

  7. dOn says:

    indie one of the best.. :)

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    aku skong kau d0n… walaupun kau shuffler….!
    hehehe… :D

    Balas komen ini

  8. Pro says:

    aku ni bebudak sabah jua la tp jauh dr tawau… actually aku x tau sgt pasal indie band ni tp dr apa yg aku fhm indie band ni mcm band2 bebas yg x terikat ngan mana2 kompeny n atur band dorang sndri.
    cuma apa yg aku nak kongsi cni bkn la pasal band 2 indie or x yg ptg bg aku muzik n lagu yg dorang cipta n bwa best n syok d dgr. even lagu 2 dangdut pun aku lyn jua yg ptg best la kan…haha.
    cuma lau genre dangdut 2 le d kategorikan sebagai indie band jua ka…hahaha…
    ada sapa2 bole tlg jwb?

    Balas komen ini

  9. farock says:

    long life METAL!!!!

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    kau metal… tapi kami ttp support local act!

    Balas komen ini

  10. afifah says:

    hahahahha lucu plak bca ni komen yg panas 2..
    ku sokong ngan pa yg ko ckp ni…
    ksian band2 twu ni..
    tp ada sprh dak2 ni poser ja..
    ingt ni indie musim ka iya??
    dlu nda da la ya dak2 indie ni..
    sua HUJAN top bru smua timbul WTF..

    Balas komen ini

  11. friendly says:

    janjiiiiiii rockkk…

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    indie pun ada rock bha….
    :D

    Balas komen ini

  12. flora91 says:

    indie ada rock meh junaidi?????

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    ada bha…
    indie pop rock. cth nya… MUH..

    Balas komen ini

  13. purple says:

    wei…tlg aku cri maklumat ttg indie band ni….aku kna wat final assmnt ni sal indie music…..huhuhu…..tlong ya….aku mmg peminat indie ni….aku dpt taw gak bdak sabah byk yg ber dress up indie ni…kwn2 aku pun banyak gak….

    Balas komen ini

    junaidi Reply:

    jnis yg mcm mana tu?

    Balas komen ini

  14. Adek.. says:

    urmm… setiap band / org / sesiapa pown ada minat tersendiri… x kira lar kaw rock bgai mana pown, tapi dia dgr jugak fantasia bulan madu… x kira lar kaw layan the killers, the who, the strokes, kaw layan jugak acha septriasa.. semua org ada hak maw minat apa… tapi ada setengah org minat terhadap satu genre shj.. so kita harus faham.. insyallah, tawau music akan lebih berkembang dan maju.. DGN usaha sendiri.. insyallah… kunjungi myspace ini.. http://www.myspace.com/kugiranharmonika ^_^

    Balas komen ini

  15. otak keparat says:

    indie suda bkurun tp skrg bru kamu nak bising psal india nie,dlu ndak plak……………..hahahaah…………..skate aku sokong kaw………….indie nie kan kamu ckp utk penganti p’kata’ kbebas’ b’karya dalam mzik………jd smua mzik yang d bt ikut kpala n hati ble d kta kan indie…………..dangdut pun ble d ktak’ indie yg pntg ia d bt dgn bebas…….btul kan????????tp aku nak tny nie…..pa beza indie n undergraund hah????????????stahu aku undergraund pun mzik bebas jgak……………..???????????????????????

    Balas komen ini

Leave a Reply