Cahaya Permai Bakery & Cake House
Aktiviti, Featured Articles, Hire For Review — By Maya on May 21, 2009 at 6:51 pm
HALAL, BERKAT, LAZAT
Itulah slogan penuh makna Cahaya Permai Bakery & Cake House, sebuah premis baru milik bumiputera yang terletak di bandar Sabindo, Tawau. Melangkah masuk ke premis tersebut, pandangan mata pastinya akan tertumpu pada ketekunan pekerjanya di sebalik dinding cermin yang menurut Pengurusnya, Encik Nazarul Akmal Alias, ianya satu kelainan yang sememangnya dirancang.

“Untuk tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada pelanggan, kami membina dinding yang sedemikian rupa agar semua tahu bagaimana produk kek dan roti dari sini dihasilkan, di samping mengamalkan 7 etika kerja,” katanya sambil menjelaskan 7 etika kerja itu adalah amalan harian sebagai muslim yang bekerja tanpa melupakan tanggungjawab kepada Allah SWT.
Menurutnya, penubuhan Cahaya Permai Bakery & Cake House sememangnya telah dirancang lebih awal dan berkat kesungguhan pemiliknya, premis ini berjaya memulakan operasinya pada 20 April lalu. Meskipun masih baru beroperasi, namun sambutan daripada orang ramai sememangnya memberangsangkan.
“Bila kegawatan ekonomi, kita tidak sepatutnya menjadi lemah untuk berusaha apatah lagi untuk menjadikannya alasan untuk terus gagal. Perancangan yang teliti, usaha yang bersungguh-sungguh dan mengamalkan strategi perniagaan yang dianjurkan dalam Islam, sudah pasti kita akan berjaya dan menjadi bangsa yang kuat yang tidak akan diperlekeh-lekehkan lagi,” katanya sambil menambah syarikat itu akan membuka cawangannya di Kota Kinabalu dan Keningau lagi.
Tawau Bloggers Unity (TBU) yang dijemput Cahaya Permai Bakery & Cake House sebenarnya telah membuat review ini pada Hari Ibu lalu dan menyaksikan sendiri keriangan pelanggan-pelanggannya membeli produk mereka. Harga produk mereka terutamanya, roti-roti dijual dengan harga yang amat berpatutan dan bila menikmatinya, pasti nak lagi.
Info Cahaya Permai Bakery & Cake House:
Perkhidmatan:
Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara.
Alamat:
TB 446, Block L, Ground Floor,
Bandar Sabindo.
(Hadapan Grace Plaza, Sebelah Avon Cosmetic)
Telefon:
013-8808794 (En Nazarul)
Organisasi syarikat:
Penasihat – Ustaz Harun Mat Saat
Pengarah – Mohd Nizam Abd Wahid
Ketua Pengurus – Samsu Kullu
Pengurus – Nazarul Akmal Alias
Pengurus II – Abu Bakar Abdul Rahman.
Rujuk : adrysabry.com
Popularity: 28% [?]
Tags: Cahaya Permai Bekery & Cake House



Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
21 Comments
teruskan usaha….
Balas komen ini
Alhamdulillah
Balas komen ini
ok tuan roti cahaya permai enak dan lazak,jadi jangan lupa special
potongan harga untuk rakan-rakan dari MAS Airport,salam
Balas komen ini
Bos boleh kah kami staff MAS Tawau minta diskaun..untuk beli apa jenis roti….amaca ini pun macan promosi juga…….
Balas komen ini
Terima kasih diatas semua sokongan. Tak lupa juga terima kasih buat tawau bloggers….. Doa dan sokongan anda semangat bagi kami.
Balas komen ini
Maya Reply:
May 31st, 2009 at 10:22 am
Terima kasih juga dari pihak kami kerana sudi beri kerjasama dalam temubual kami tempoh hari. InsyaAllah tetap wujud kerjasama kedua2 pihak untuk pembangunan ummah Tawau.
Balas komen ini
terima kasih juga la
Balas komen ini
CP ada keupayaan untuk berkembang pesat.halal berkat dan lazat bukan sekadar moto.itulah semangat kami untuk menyediakan makanan “halalan Toyyibah”
Balas komen ini
adri mana muka kami…takkanlah gambar cikgu nazarul jak…adoiii
Balas komen ini
assalamualaikum,
syabas n tahniah dgn wujud’y kdai roti n kek yg diusahakan olh org mlayu n skligus org islam,warga tawau x perlu lagi ragu2 ttg bhn2 yg tkandung d dlm’y,insya allah..sya pun sdh prnh try produk anda n trnyata x jauh beza dgn kdai2 yg sdh lama mnjlnkn prniagaan ini..CHAIYOK2!!i’m blogger jugak…jum usha2 ke blog sya,tqvm
Balas komen ini
homemade cake n cookies,more detail log in my blog,tqvm..
Balas komen ini
wah aku lapar….nanti aku singgah cari roti….ahhhhh lapar….
aziz dr albumkasih.com
Balas komen ini
tahniah
Balas komen ini
sedap bah kue2x…tu bila buka cawangan di taeau plak>>>>>>..
Balas komen ini
ustaz harun ada sana x?
Balas komen ini
Syabas……
Balas komen ini
sy d sandakan,tp nxt week nak blk tawau celebrate bday anak saya.nak tmph barbie cake utk bday nnt.cm mn ya?
Balas komen ini
assalamualaikum…
tahniah di atas pembukaan kedai roti yang tuan usahakan. semoga berjaya dan terus berjaya…tapi ada satu pertanyaan sudahkah tuan memohon untuk mendapatkan LOgo Halal bagi produk syarikat tuan…
Balas komen ini
eh ada keja kosong lagi ker kedai ni
Balas komen ini