Bengkel Web & Iklan jana revolusi blog Tawau.
Aktiviti — By Maya on October 21, 2008 at 1:55 pm
Seperti yang dirancang, Bengkel Web & Iklan Tawau Bloggers yang berlangsung Ahad lalu di Tawau Net berjaya mencapai matlamat dengan memberi cetusan idea penulisan dan penyampaian iklan yang lebih berkesan kepada pesertanya. Gabungan idea peserta bengkel Wunabarakati, Sankai, Angrianiworld, Friendly81 dan Puadede mencetuskan satu lagi sejarah buat kami yang bergelar Tawau Bloggers.
Sebelum bengkel ini, aku sendiri tidak perasan ada benda-benda tersembunyi yang sebenarnya amat penting dalam penyampaian blog dan iklan. Rakan-rakan yang lain juga sedemikian dan sepanjang bengkel ini, kami lebih banyak berbincang dan mempraktikkan tips-tips yang mengelirukan dan hasilnya, kami merasakan satu perubahan perlu dimulakan dari sekarang. Perubahan pada blog-blog yang akan mewarnai persada dunia maya melalui penyampaian yang berkesan.
Memang agak berbeza sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara dari pembacaan sahaja, berbanding mengetahui dari pembacaan dan dipraktikkan dengan sokongan dan batuan rakan-rakan yang pakar.Terima kasih kepada Tawau Bloggers kerana sudi bertukar-tukar pendapat dan tips-tips berkesan dan Insyaallah, di lain masa, sesi kedua bengkel pasti dapat dijalankan.
Popularity: 4% [?]
Tags: Bengkel Web & Iklan

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
5 Comments
yeahh….TAWAUNET RULES!!!!
Balas komen ini
diharapkn usaha spt ini dpt diteruskan supaya menarik minat masyarakat dlm bidang penyampaian atau bloging spt ini.
Balas komen ini
kalau mau buat bagi taubah
Balas komen ini
Apakah ada blog sejenis yang bisa memberikan informasi lebih seperti yang ada disini? Terima kasih untuk artikelnya
Balas komen ini
Ah ini dia informasi yang saya cari
Balas komen ini