Bantulah Adik Khadizah…

Nafasnya masih panjang, semangatnya begitu kuat dan ketika melihat raut wajahnya, adik Khadizah Binti Tinie, 9 tahun, begitu berharap agar dia masih boleh kembali riang sama seperti rakan-rakannya lain. Siapa menyangka, kejadian ngeri pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Skim Cocos, Kunak ini dilanggar lori Isnin lalu membuatnya terpaksa berjuang dengan tabah dan cekal.
Ketika menemui adik ini yang terlantar lemah begitu tersentuh apabila melihatnya seakan mahu berbicara dengan keluarganya, namun anak matanya sahaja yang menafsirkannya. Tawau Bloggers Unity (TBU) yang mengetahui kemalangan ini lewat daripada ahli TBU, Ezza, yang juga guru kepada adik ini agak tersentuh melihat penderitaannya dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati kami.
Menurut cerita ahli keluarganya, Khadizah, seperti hari-hari biasa akan berkayuh basikal untuk pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya. Dengan tanpa diduga, tayar basikal rakannya terlanggar tayarnya yang mengakibatkan dia hilang kawalan. Tiba-tiba sebuah lori 10 tan yang memuatkan kelapa sawit melanggarnya dan mengakibatkan kulit kepala Khatijah terkoyak, tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas.
Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. TBU dengan persetujuan ahli keluarga adik ini sepakat untuk membenarkan TBU menyiarkan kisah adik ini dengan harapan ada insan yang mahu menghulurkan bantuan derma bagi meringankan beban keluarga ini.
Dijangka adik ini akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan.
Anda boleh menyalurkannya bantuan ikhlas kepada Bendahari TBU:
Akaun Maybank : 160036869787
Nama: NUR ANGRIANI BINTI NURJA
Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi yang discreenshoot atau discan ke email: tawaubloggers@yahoo.com.





:(:(
Ok Adry.. will spread the news…
Moga dapat membantu..
Balas komen ini
Adry Reply:
October 22nd, 2008 at 3:03 pm
Ya ya.. noi.. jangan lupa bagitau kengkawan yang lain yaa.. Ahli Tawau Bloggers wajib tu… hehehe
Balas komen ini
Kesian budak ni, luar dalam dia tanggung kesakitan….jika dia orang besar cam kita ni, mesti hilang keyakinan diri…apatah lagi kemaren nampak dibahagian wajah banyak kesan jahit…
Balas komen ini
Semoga adik khadizah ini dapat sembuh kembali…
Balas komen ini
Alwis Reply:
October 22nd, 2008 at 2:03 pm
Kalo dia sudah gadis besar kejadian ni berlaku,,mesti dia sukar terima kenyataan kan maya,,tu kesian…wajah banyak jahitan…seksanya dia
Balas komen ini
cekal betul adik ini menghadapi dugaan.. syukurlah Allah masih sayangkan adik ini
Balas komen ini
[...] Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers : http://www.tawaubloggers.com/ [...]
semoga seluruh ahli keluarga adik Khadizah dapat menerima dugaan apa yang telah berlaku… kami sekeluarga mendoakan semoga adik Khadizah cepat sembut dan dapat bersekolah seperti biasa….
Balas komen ini
[...] kedua adalah post dari adrysabry.com dimana komuniti tawau bloggers sedang mengadakan pungutan derma untuk seorang kanak-kanak yang kemalangan akibat dilanggar lori [...]
i will do something and help what
Balas komen ini
Adry Reply:
October 23rd, 2008 at 1:50 pm
owh… terima kasih banting boy… bantulah sekadar termampu k…
Balas komen ini
zeety Reply:
May 31st, 2009 at 12:23 pm
jgan time kasih kt orang jew…..kite suma pun perlu mmbantu wlaupun dgn doa yang ikhlas
Balas komen ini
berita yg menyentuh perasaan…
insyallah akan disebarkan pd teman2..
Balas komen ini
[...] –Tawaubloggers Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, October 27th, 2008 dalam kategori berita utama, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda. « Pemisahan Politik Melayu Semakin Kabur [...]
blog ku da berpindah ke
junaidi-site.blogspot.com
Balas komen ini
adrysabry Reply:
November 3rd, 2008 at 11:32 pm
Terima kasih bab inform
Balas komen ini
will spread this news…
Balas komen ini
adrysabry Reply:
November 3rd, 2008 at 11:34 pm
Thank you
Balas komen ini
saya sudah sebarkan berita nie kat blog…
Balas komen ini
sabrina Reply:
November 10th, 2008 at 10:20 am
makasih atokk
Balas komen ini
[...] Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers :http://www.tawaubloggers.com/ [...]
[...] rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers :http://www.tawaubloggers.com/ nuffnang_bid = [...]
syukur lah ada juak yang membantu adik kita.mudah-mudahan yang membantu ini akan diberikan balasan dari Tuhan Yang Esa..dan juga semoga adik kita cepat sembuh
Balas komen ini
smoga umat islam menolong orang yang mmrlukan prtolongan!!!
Balas komen ini