Banjir besar Kg Pasir Putih Tawau
Artikel, Featured Articles — By Maya on July 31, 2010 at 3:46 pmDipetik dari sumber asal Banjir besar Kg Pasir Putih Tawau 28 Julai 2010, Blog Adrysabry.Com
Atas permintaan ramai… sms… e-mail dan PM yang ku terima di facebook…. di sini aku siarkan gambar gambar kejadian banjir besar di Kg Pasir Putih Tawau. Semoga ianya menjadi peringatan buat kita semua di masa hadapan. Ku harap kita semua ambil iktibar dari peristiwa ini dan jangan sekadar pandang tanpa apa apa erti bagi diri mereka yang tak terlibat atau yang tidak menjadi mangsa.
Gambar gambar tersebut ku ambil dari laman komuniti facebook MyTawau yang mempunyai lebih 11 ribu ahli and the number still growing. Thanks to Enchek Zsuperc & Nik Abdullah.
Sebenarnya hujan yang sangat lebat pada malam 28hb Julai 2010 bukan sekadar mengakibatkan banjir di Pasir Putih , tetapi jalan di KM42 (Sungai Burung) iaitu jalan utama Tawau – Semporna runtuh (10pm) dan terpaksa ditutup hingga keesokan harinya dan dibuka semula sekitar 2pm. Nasiblah takda kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di sini.
Cerita pasal Kg Pasir Putih plak… kalau diikutkan pasir putih ni memang selalu banjir… tetapi banjir yang kali ini bukan seperti apa yang berlaku sebelum ini. Dulu banjir hanya melibatkan mereka yang mendirikan rumah berdekatan sungai tetapi kali ini air naik sangat tinggi hingga menenggelamkan berpuluh puluh rumah sehingga ku dengar 5 buah rumah ranap akibat banjir kali ini. Ada juga yang mengatakan berlaku kematian tetapi belum dapat disahkan lagi.
Semua gambar gambar ini dirakamkan pada pagi keesokan harinya.
Kebiasaannya air akan naik sedikit demi sedikit tetapi diberitakan banjir kali ini air naik mendadak dengan secara tiba tiba dan mengejutkan seluruh penduduk kampung. Itulah sebabnya mereka tidak dapat menyelamatkan kenderaan dan harta benda.
Banjir kali ini melibatkan 300 buah keluarga dan kejadian berlaku sekitar 7.45pm.
Aku pergi ke tempat kejadian pada waktu tengahari 30hb Julai 2010 untuk melihat keadaan kg tersebut dan menunaikan solat jumaat di Masjid berdekatan. Pada waktu ku tiba di masjid , ku lihat ramai keluarga yang ditempatkan di situ. Semua dalam keadaan lesu dan sedih… selepas solat jumaat , aku sempat bersama penduduk kampung menunaikan solat hajat.
Usrah pada sebelah malamnya dibatalkan … aku dan rakan rakan seusrahku turun ke kg pasir putih bergotong royong untuk membersihkan rumah yang terlibat. Bak kata sahabatku Rashid..merasai jeriih payah membersihkan rumah yang ditimpa banjir….intipatinya….jerih payah org lain kena dirasai..baru tau akan kepayahan orang lain….bukan sekadar meniti dibibir sahaja..
Innalillah wainna ilaihi rojiun…tazkiah buat sahabat2 yang di timpa musibah…..banyakkan bersabar atas ujian yang diberikanNya…
Popularity: 3% [?]
Tags: Banjir besar Kg Pasir Putih Tawau



















Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
24 Comments
setiap yang terjadi pasti ada kebaikan yang terselit yang telah di aturkan oleh ALLAH TAALA, namun sejauh mana kita yakin atas perkara ini terserah pada yang mengalami,walaubagaimanapun sy n klga tidak trlpas dari cobaaan ini. semoga kita bersabar atas ujian ini seperti sabarnya nabi nuh a.s ketika banjir memusnakan keluarga dan kaumnya yang lebih besar dari ini…terima kasih untuk artikelini semoga maju jaya….(perantawan)
Balas komen ini
Apabila Allah menghendaki sesuatu..CUKUP ALLAH MENGATAK “JADI, MAKA JADILAH IA”…semoga dengan ini kita sama- sma memberi peluang dan ruang buat diri kita sendiri untuk bermuhasabah..merenung..sejauh mana kekhusyukan kita…dan sejauh mana kelalaian kita…buat saudara – saudara kita di tempat kejadian..TABAHLAH..SEGALA SESUATU ADA HIKMAHNYA..”INNAMAAL USRI YUSRA”..SELEPAS KESUSAHAN AKAN MENYUSUL KEBAIKAN…YAKINLA..
Balas komen ini
assalamualikum.. bersabarla penduduk pasir putih yang terlibat dalam banjir besar ini.. semua yang berlaku ada hikmanya… TUHAN telah menentukan segalanya. ALLAH maha mengetahui apa yang DIA lakukan…
Balas komen ini
SUBAHANALLAH…maha suci Allah y maha mgkehendaki…1st, takziah pada suma mangsa2 banjir d kg pasir putih…ssungguhnya e2 suma adalah dugaan n ujian tuhan pada setiap hambaNya…jadikan ia satu pedoman n pgajaran hidup utk kita lbh sabar n cekal dlm mgharungi hidup y penuh onak n duri…ingat bhw Tuhan akn mguji stp hambaNya sesuai dgn kmampuan stp insan…bnykkn bdoa n sntiasa btawakal kpdNya…moga slps ini kalian semua dpt mrasai nikmat y Allah janji kn..InsyAllah..amin
Balas komen ini
Allah hantar musibah untuk memberi peringatan supaya manusia kembali dekat kepadaNya..
Balas komen ini
sedih dan rindu dgn Tawau..aku perhati masa berlalu dari zaman kecilku, bandar makin maju, anak2 byk jd ulat buku, lahirlah generasi kaya duit pintar ilmu..malang dlm mengejar dunia, ramai lupa agama, baik tua atau muda, suruhan nabi dlupa, amaran Allah mereka alpa, maka datanglah bencana, agar kita jadi hamba.
Balas komen ini
Assalamualaikum salam sejetra kpd smua pnduduk psir puteh.untk mdptkn sifat sabar dn shyukur itu tdk mudah tnpa ujian Allah tak ksiala lmbt atu cpt,dn kthuila olh kita smua bhwasahnya Jgnla kita sdh rasa Beriman slgi blum diujinya.brsngka baikla dgn apa sja dsblik tiap kjdian dn jgn skli kli kita brsngka buruk dn Kufur pdanya.Skiranya Allah ingin mbrsihkn dsuatu tmpat itu,ckuphnya dgn mnurunkn Api Angin Air dn Tanah sjala dn sesunggunya Allah maha berkuasa dn lbih mngthui apa yg kita tidak thu.Semoga Allah Mngampunkn Dosa2 kita dn memberi kebikan diatas kjdian,….Amin…..Amin….Allahuma Amin.
Balas komen ini
mudahan2 mrek smu tabah mghadapi dugan ini..and kluarga di pasir puti walau pun aq jau ko org smu di hati ku…..AMIN
Balas komen ini
ujian Allah ke atas manusia… Kehebatan konsert, disambung dgn kebanjiran besar
Balas komen ini
FIKIR2 LA SODARA NI SUMA PRINGTN KECIL… x prasan kah kita d tawau tu liwak suda…… beingt la seblum ujian atw peringtn yg lebih besr lg dtng… anak2 muda bngga p clubing tiap mlm mabok snasini… hebak konon.. tu .. kin mlu jak… aku x la bgus sgt tp aku x la truk jugak beingt la sblum dtng lg bala ni kali pasir putih x mustahil 1 tawau banjir ataw gmpa allah maha mgtahui… allah x mnurunkn bla kpda suatu kaum serta merta ada 3 sebb.. 1 anak ecil yg x berdosa.. 2 orng tua yg d msjiD( klw tua pn msi buat bnda KHurafat x dtrima jugak) 3 binatng d muka bumi…. mcri mkn x tahu apapa2… ( allah x turunkn bla krna bnatang x da otak tu.. yg kita ni mansia x malu ka tuhan mo turukn bala rna kita yg muda ni….. ntah la knpa gni jdnya twu..
Balas komen ini
Mudahan…..amin
Balas komen ini
Dari hadis nabi saw bahawa Allah swt tidak akan hantar azab selagi ada 2 perkara, iaitu ketika nabi saw bersama mereka dan selagi mereka beristighfar……..maaf jika tersilap & ku mohon ampun dari Allah swt….sebagai pesanan buat diriku sendiri,yang lemah & lalai….
Balas komen ini
lihatlah kwn2 smua inilah tnda2 kcil yg allah tnjkan.rmai yg brma islam tp x solat.maksiat berleluasa ada yang blm brkhwin sdh pndai mlakukan maksiat..
Balas komen ini
ingatlh kwn2 kt hdp d dnia hnya smntra,dnia ini hnya pnjman allah kpd kita.jangan kta leka dgn khpan duniawi yg hnya smntra.cb kte renungkan smla spnjang kte hdp apa yg tlh kte tlh kerjakan.ckupkah bklan kta untuk akhiat brjpa dgn pncpta kte???zmn skrang rmai anak2 mda bercnta sblm kahwin,mrka dating berpegang2 tgn d klayak ramai tnpa pengetahuan ibu bapa mereka,mrka serahkan tbuh mreka kpd kksh mrka..jd apa yg mrk nk bg kpd suami @ istri mrka t????? renunglah2………….NAK KAH ALLAH TARIK SEGALA NKMT YG DBIKAN N DTRNKN BALA BRU NK SEDAR DAN BERTAUBAT
Balas komen ini
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum: 41)
Balas komen ini
Banyak plak orang komen di sini.. hihi
Balas komen ini
bersabarlah wahai penduduk pasir putih…setiap kejadian ada sebabnya,,,walaubagaimanapun kita kena redha dgn ujian ini…aku tahu perasaan pada ketika ini sama spt rumah aku terbakar pd 2009..rumahku yg hangus sekelip mata yg kami diami hampir 30 tahun di batu 2 1/2 jln apas…
Balas komen ini
Memang apa yang terjadi ni semua ada hikmahnya n ketentuan ilahi. Tapi cuma penduduk kampung ja yang tahu apa sebenarnya yang tersembunyi disebalik kejadian ini. Cuba anda lihat sungai yang dibuat oleh pihak yang berwajib……….. Ia adalah satu cara untuk menyelamatkan kawasan2 yang di huni oleh orang2 berada dan kaya raya sedangkan orang kampung dibiarkan merana serta menderita sejak berbelas tahun kebelakangan ini kerana musibah yang sering terjadi iaitu bencana banjir. Persoalannya, KENAPA?… sungai dibuat hanya setakat sampai di kg Pasir Putih sahaja dan di lepaskan air banjir kepada penduduk terbabit???????? Mengapa sungai itu tidak di buat @ Gali hingga ke Laut agar tiada penduduk yang menderita seperti sekarang akibat bencana seperti ini @ memang pihak berwajib sengaja hendak menghancurkan KG PASIR PUTIH TAWAU………….!!!!!!Mana wakil2 akyat yang sering menjajikan perubahan agar sungai itu d panjangkan hingga ke aut…MANA??????? semua cuma janji kosong belaka hanya kerana ingin meraih undi……Dari zaman PATAWARI ke LIEW dan Sekaran ni ntah siapa nama sekarang ni sebab dia tidak dikenali kerana bukan orang sini dan langsung tidak pernah menjenguk perihal masalah orang sini, hanya sewaktu meraih undi saja….Kesian mereka ini cuma jadi wakil rakyat yang pandai menipu saja………..
Balas komen ini
banjir ini mengejutkan semua penduduk pasir putih… saya sendiri terkejut, hinggakan rumah yang tinggi pun bleh di tenggelami…. ini adalah tragedi paling besar yang pernah saya alami selama hidup d pasir putih,,,
Balas komen ini
Salam untuk semua warga Kg Pasir Putih. Semoga bersabar hendaknya atas ujian Allah SWT. Para pembaca yang lain diharap dapat membantu saudara kita yang mendapat bencana ini agar dapat meringankan keperitan. Hulurkan bantuan dengan segera. Pakaian, makanan dan apa saja. Mereka semua memerlukan bantuan ini lebih daripada kata-kata. Hantarkan segera bantuan anda terus ke masjid pasir putih. Jangan dilewatkan. War-warkan pada mereka yang mampu. Wassalam.
Balas komen ini
Assalam alaikum
Apa yang berlaku adalah ketentuan ilahi. Dan telah ditakdirkan terjadi.
Tidaklah seteruk Stunami melanda Aceh.
Komen PENDUDUK KECEWA perlu diambil perhatian. Barangkali ada benarnya.
Wassalam
P/S: Tawau my hometown
Balas komen ini
walaupun tidak seteruk banjir di pakistan tapi tetap kasihan melihat mereka..
Balas komen ini
Kami (pelajar dan staf USM) sedang menjalankan satu projek amal “Tawau Project – We Care” membantu mengutip derma untuk disalurkan ke Kg. PAsir Putih. Setakat ini kutipan masih jauh dari sasaran. Saksikan konsert amal pada 21 Oktober ini.
Balas komen ini
salam… ribuan terima kasi d atas bantuan “we Care” moga maju jaya.
Balas komen ini