Articles By: Maya
Tun Mahathir dan TBU
Di ruang bilik rehat VVIP Lapangan Terbang Tawau, Tawau Bloggers Unity (TBU) berkesempatan untuk menemu-bual mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Mahathir Muhamad minggu lalu. Ianya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apatah lagi ianya bukan satu temubual yang dirancang atau dengan kata lain ada teks soalan untuk diajukan kepada tokoh negara tersohor itu.
Kenapa bekalan air putus, elektrik mati di Tawau bulan puasa
ADUN Apas, Datuk Tawfiq Titingan dalam kenyataannya di laman sosial facebooknya pada pada awal pagi Isnin, 8 Ogos 2011, menjelaskan punca bekalan air putus dan kejadian bekalan elektrik terganggu di beberapa kawasan di Tawau . Menurutnya, punca bekalan air yang putus berpunca kerosakan pam utama di Loji Air Cintamata, Gudang Empat dekat sini beberapa hari lalu [...]
Sungkai bersama anak yatim di Kalabakan
PUASA keempat Ramadhan 1432H, seawal jam 3.30 petang rombongan kami tiba di Kampung Kalabakan untuk bersama-sama penduduk kampung untuk bergotong-royong menyiapkan juadah sungkai di perkarangan Masjid Al-Muqarrabah Kampung Kalabakan. Satu pengalaman yang menarik kerana semangat bergotong-royong seumpama ini sudah jarang dibuat samada di kampung apatah lagi di bandar.
Sungkai bersama Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau
PUASA kedua terasa nikmatnya apabila berkesempatan berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh yang terletak di Batu 4 Jalan Apas, Tawau. Bukan hidangan bertaraf 5 bintang yang menjadi ukuran kenikmatan kami tetapi keriangan dan rasa bersyukurnya kami dapat menikmati rezeki hidangan berpuasa Ramadhan 1432H ini bersama insan yang bergelar anak yatim.
Juara Rakyat Tawau 30 Julai 2011
Program Juara Rakyat Bulan Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Tawau berjaya mencapai matlamat penganjurannya apabila menghimpunkan sebahagian besar usahawan tempatan membuat promosi dan jualan produk masing-masing di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, semalam. Ianya juga menjadi medan pengikhtirafan usahawan cemerlang Tawau dalam setiap bidang perniagaan yang diusahakan.
Kilang bebola ikan untuk nelayan Tawau
Majlis Pelancaran Pusat Aktiviti Ekonomi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau telah disempurnakan perasmiannya oleh Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samad di Jeti Rangsangan Ekonomi Tanjung Batu Keramat, khamis lalu.

