Astro and Stacy New Album Promotion Tour

March 19, 2009 Aktiviti

Ahad lepas… ada dua event di Bandar Tawau ni…

first , Astro buat roadshow di hadapan Sabindo Plaza….. diserikan dengan pertandingan/ pameran keta volkswagen atau yang lebih dikenali sebagai keta “bebek”… hahahaha…. ada juga pertandingan /pameran skuter yang terletak di seberang jalan … di hadapan bangunan MPT… yang ni aku tengok dari jauh jer.. hehehe…

pelbagai jenis keta volkswagen yang ada di sini… di fahamkan ada yang datang dari KK… time ni lah baru ku tau kewujudan Kelab Volkswagen Kinabalu dan Kelab Volkswagen Tawau… hermmm nice….

Sambutan pun boleh tahan la jugak…. macam macam fesyen keta ada di sini… impresive….

dalam masa yang sama…. Astro pun ada buat promotion buat mereka mereka yang belum pasa Astro lagik….. sebelah petang ada plak 3 orang artis AF buat persembahan… tak lain tak bukan…. Candy… Farha…. dan Nora …. AF keberapa korang fikir la sendiri… hehehe….

fun la jugak…. pandai juga dorang hiburkan penonton….

Sebelah malam plak…. ada Promotion Tour untuk Album Stacy di Dewan Masyarakat Tawau…

Nak dengar lagu lagu stacy dalam album ni??? Play video di bawah ni… ada intro dari lagu lagu dalam album ni…

Pada pendapat aku…. persembahan Stacy malam tu memang bagus… CUMA... aku betul betul tak berkenan dengan DJ / MC malam tu … DAN sound system yang digunakan…. hampeh tul… tak jelas apa yang Stacy nyanyi…. MC tu cakap apa pun susah kita nak faham… huhu…..

Ramai gila orang datang malam tu… penuh sit dalam dewan….

Berpusu-pusu orang nak masuk dewan…

All the best for Stacy…

Popularity: 6% [?]

Tags: , , , , ,

Leave a Reply