Anjing Liar Di Tawau
Artikel — By adrysabry on April 24, 2009 at 8:09 am
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak anjing-anjing liar berkeliaran di sekitar bandar Tawau. Dulu memang ada, tapi yang ada sekarang semakin banyak, semakin liar, semakin menakutkan!. Dari mana datangnya anjing-anjing liar tersebut? Adakah ia adalah haiwan peliharaan mereka yang menetap di kawasan bandar? Ataupun ia adalah anjing yang tidak mempunyai tuan?
Selalunya anjing-anjing tidak bertuan ini sering menguasai kawasan lapang seperti padang permainan dan tong-tong sampah pada waktu pagi dan malam. Sepanjang pemerhatianku, antara port utama anjing-anjing liar ini ketika malam hari adalah berdekatan KFC Empire dan Kongfah sebelah Marco Polo Hotel manakala di siang hari, mereka membuat agenda sendiri lepak di mana-mana sahaja.
Sebenarnya aku ada kisah mengenai anjing liar ini…
Isnin lalu, semasa aku sedang membeli mee untuk sarapan pagi, tiba-tiba kelihatan seorang ibu bersama babynya berlari sambil teriak ketakutan. Aku lihat ada seekor anjing di belakangnya dan sepantas kilat, seorang pemandu bas membaling satu objek bagi menakutkan anjing itu. Anjing itu lari entah ke mana dan tumpuanku hanyalah pada sang ibu dan babynya itu.
Aku mula berfikir, kalaulah semasa ibu itu berlari dan terjatuh tadi, apakah yang bakal berlaku kepadanya dan anaknya, yang ku kira baru berapa bulan…
Popularity: 9% [?]
Tags: anjing liar, bandar tawau, berkeliaran

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Bookmark
Stumble
7 Comments
Siapa la yg gemar menternak anjing tU.. Huh!.. Mau d racun bA ANJING Tu.
Balas komen ini
mae rakyat tawoo…
kita sulak anjing2 yg ada kat tawo ne…
biar pupus sumenye…
kalo ble skali tuan punya anjig jugk….
heeee…..
Balas komen ini
jgn salahkan anjing ia adalah haiwan salahkan pihak yang berwajib la bro…..
Balas komen ini
i paling benci anjing.
Balas komen ini
salahkan diri sendiri lah….
Balas komen ini
juga bukan salah ibu anjing yang mengandung..
Balas komen ini
punya kejam..
ndada dosa anjing 2 ksian….
Balas komen ini