Kemeriahan Aidilfitri Anak Yatim Arraudhoh

October 27, 2008 Aktiviti

Dalam usaha untuk melahirkan rasa prihatin umat Islam kepada mereka yang sentiasa memerlukan serta memuliakan bulan Ramadhan Al Mubarak pihak Hotel King Park Tawau, Jeddy Jairul dan Ezza Fazlina Jamlidi bersama  Tawau Bloggers Unity (TBU) mengadakan Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak-Anak Yatim Arraudhoh Tawau.

Majlis berlangsung dengan mesra dan keceriaan diwajah anak-anak yatim terserlah kerana malam istimewa mereka mendapat sentuhan kasih seorang pemimpin, dimana YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan dan isteri telah hadir pada majlis ini.  TBU difahamkan bahawa Yang Berhormat menerima berita majlis ini di saat-saat akhir yang juga bersamaan dengan satu jemputan lain, namun YB telah menggunakan ruang yang ada bagi menghadiri majlis idil fitri ini untuk bersama-sama dengan Anak-Anak Yatim Arraudhoh.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk dan Datin kerana sudi meluangkan masa bersama bagi menggembirakan anak-anak yatim ini. Pengumuman peruntukkan yang diumumkan oleh Datuk juga cukup membuat kami lega dan ianya pastinya dapat meringankan lagi bebanan rumah anak yatim ini.  Kehadiran dermawan-dermawan sekitar Tawau juga telah menambah kegembiraan di hati anak-anak yatim serta pengurusan rumah anak yatim ini kerana inilah peluang mereka mengenali wajah-wajah yang memberi mereka kehidupan yang lebih bermakna di rumah anak yatim selama ini.

Popularity: 5% [?]

Tags:

Comments (11)

 

  1. Maya says:

    Satu malam yang bermakna…

    Balas komen ini

  2. don says:

    bermakna buat smua…

    Balas komen ini

  3. sankai says:

    tahniah kepada yang menganjurkan dan mejayakan majlis…

    cheers…

    Balas komen ini

  4. friendly says:

    syabas buat Tawau Bloggers Unity….

    Balas komen ini

  5. Atirah says:

    Alhamdulillah… semoga ramai yg sedar kepentingan ank2 ini…

    Balas komen ini

    FArock Buikan Nama Sebenar Reply:

    salamz.. mau tanyx
    nie ATirah LAhad Datu ka?? eks
    yg mantap lg berkesan…
    (o_-)

    Balas komen ini

  6. Ahli says:

    betul cakap Anonymously tu.ye laa,terkilan juga selepas baca entry dan komen-komen di blog dia, saya rasa pihak atas tawaublog ni fikirlah kembali.
    moto bukan main lagi. TOGETHER AS ONE
    tapi kalau ada yang kumpau dalam tawaubloggers.apalaaa itu kunuk indak pikirlangsung persepsi pembaca terhadap komuniti ini seolah mengutamakan kepentingan pribadi aje.untuk bisniskah apakah.ku nda taulaa

    bacalah pengomen diblognya disini


    ***** five star
    betui laa….pesal hang tanya tawaubloggers tu kat cni tuan ROMZI,dorang tu apa leh buat arr..’makan je laa wakakakaka

    Balas komen ini

  7. Ahli says:

    romzi tanya citer kawan-kawan lain,patut bah dia tanya dia ndak hadir tu malam kan,adakah czza dia jawap gini

    ROMZI
    ————–
    Later ya! Saya perlu beri laluan istimewa kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu sejak awal untuk menjayakan program amal di bawah kendalian saya (^_^)

    kalaupun agak-agaklah juga.jawapan apalah gitu sasau buduk bikin malu.kalo dia jadi pemimpin haram aku ndak undi dia sayang undi aku.dah nampak tak jaga hati rakyatnya pun selain jaga kepentinganya sorang

    Balas komen ini

  8. karung says:

    Later ya! Saya perlu beri laluan istimewa kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu sejak awal untuk menjayakan program amal di bawah kendalian saya (^_^)

    @@
    huhuhh macam ada udang disebalik katakati nie’sabuah penghinaan atas komuniti you all nampak’ firasat kitaorang ,tak adil pendedahan ayat macam nie..sorry just opinion

    Balas komen ini

  9. karung says:

    cemana pon, syabas to you all kerana mendedahkan keberaadaan rumah anak yatim ar arraudhah ni’sebatas karung and bag berapalaa nilai sangat dibandingkan publisity yang you all buat didunia internet,besar impaknya tuu,,dahsat kuasa media you all nie

    Balas komen ini

  10. anti-pacaran says:

    hurmmm..terima kasih kepada pihak penganjur. peace ‘V’

    Balas komen ini

Leave a Reply